Terperangkap Dalam Rumah Penuh Sampah Sarap, Warga Emas Berjaya Diselamatkan Bomba
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Suka simpan barang lama
Sikap terlalu sayang sehingga sanggup menyiman barang yang mungkin sudah tidak perlu ataupun yang sudah rosak memang jarang kita dengar.
Namun siapa sangka, masih wujud orang yang sanggup tinggal di dalam rumah yang penuh dengan barangan yang terlalu lama termasuklah yang telah menjadi sampah.
Terperangkap dalam timbunan sampah
Menerusi posting di laman Facebook Penang Kini, seorang warga emas dipercayai terperangkap dalam timbunan sampah di dalam rumahnya sendiri.
Difahamkan, kejadian yang melibatkan seorang warga emas berbangsa Cina yang berusia lingkungan 80-an itu berlaku di sebuah kediaman pangsapuri yang terletak di Paya Terubong, Pulau Pinang.
Dalam posting berkenaan juga, turut disertakan gambar rumahnya yang sangat penuh dengan sampah dan barangan lama.
Terima aduan daripada jiran
Warga emas tersebut telah diselamatkan oleh anggota bomba berdekatan setelah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Terima kasih para anggota bomba Balai Paya Terubong yang segera datang membantu untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Syukur uncle tu selamat.
Admin page berkenaan turut mengambil peluang untuk menasihati orang ramai agar prihatin dengan keadaan ibubapa masing-masing dan sayangi mereka seperti mana mereka membesarkan kita.
Mohon kita semua ambil berat perihal orang tua kita selagi mereka masih hidup. Bersabarlah biarpun kadangkala terpaksa berdepan karenah mereka yang kembali kebudak-budakan. Sayangilah ibu bapa kita.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet memberi tanggapan bahawa warga emas itu berkemungkinan memang gemar mengumpul barangan lama.
Kemungkinan hidap ‘hoarding disorder’
Bahkan, ramai juga yang mengatakan warga emas itu mungkin menghidap ‘hoarding disorder’ iaitu tabiat suka menyimpan barang, terlalu menyayangi sesuatu barangan dan sukar untuk membuang barang yang dimiliki walaupun sudah rosak atau berusia bertahun-tahun lamanya.