fbpx

Baru Sahaja Dilancarkan , Ini Perkara Menarik Tentang Windows 11 Yang Patut Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Selepas hampir 6 tahun hadir dengan Windows 10, Microsoft semalam secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi terbaharu mereka, Windows 11.

Tidak setakat menawarkan interface baharu, syarikat gergasi itu turut meyakinkan orang ramai bahawa OS terbaharu mereka kali ini paling efisyen, jimat tenaga dan lebih pantas selain paling selamat pernah mereka hasilkan.

Penggunaannya juga akan memikat para pengguna disebabkan ciri-cirinya yang mesra pengguna.

Sejauh mana kebenarannya, jom kita ikuti beberapa perkara menarik tentang Windows 11 seperti yang diumumkan Microsoft.

Ikon dan interface baharu

Mata adalah hakim pertama dalam menilai sesuatu perkara bukan? Windows 11 dilihat tampil dengan rekaan dan UI interface baru, malahan ikon mereka juga diberi nafas yang baru.

Menurut Microsoft, sistem pengoperasi mereka kali ini direka khas supaya lebih ringkas namun dalam masa dapat meningkatkan produktiviti serta kreativiti para pengguna.

Dengan tema yang menarik,  butang Start (kini ditengah!), taskbar, ikon, font yang digunakan juga kelihatan minimal namun cantik bagi memberikan mood yang menenangkan pengguna.

Pencarian fail lebih mudah

Bukan itu sahaja Windows 11 turut memudahkan para pengguna untuk melakukan pencarian dengan lebih mudah.

Anda hanya perlu menekan pada butang Start dan ia akan terus memaparkan fail yang telah digunakan mereka sebelum ini baik dari platform berbeza (termasuk Android dan iOS)

Ciri baru : Snap Layouts, Snap Groups dan Desktops

Bukan setakat tampil dengan UI baharu, Windows 11 turut menawarkan ciri-ciri baru yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Snap membantu pengguna untuk tetingkap mereka bagi mengoptimumkan ruangan dalam skrin. Dengan ciri Desktops pula , pengguna dapat membuat penetapan dan menyesuaikan ruangan mengikut keperluan mereka seperti, mod bekerja, mod bermain game, mod sekolah dan pelbagai lagi.

Widgets

Di era teknologi serba canggih ini, menerima sesuatu berita sepantas yang boleh sudah menjadi satu keperluan bukan? Justeru Microsoft turut memperkenalkan ciri Widgets.

Ciri ini dibawakan oleh teknologi AI dan dikuasakan oleh pelayar Microsoft Edge, sama seperti pesaingnya, Widget yang disediakan juga boleh diubah dan dipadanka dengan gaya penggunaan komputer seharian.

Windows Store yang baharu

Microsoft turut menawarkan Windows Store baharu . Ia bukan sahaja menawarkan aplikasi milik Microsoft malah turut menyediakan katalog aplikasi pihak ketiga yang lebih luas.

Ini sekaligus membolehkan pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran dalam aplikasi mereka sendiri tanpa membayar komisen kepada Microsoft.

Dengan ini orang ramai dapat mengelakkan diri memuat turut mana-mana perisian dari sumber yang mungkin berbahaya.

Ada Sokongan kepada aplikasi Android

Berita baik buat pengguna yang sudah serasi dengan aplikasi Android. Windows 11 turut mencipta kelainan dimana mereka kini menyokong aplikasi Android di dalam sistem operasi mereka.

Proses muat turunnya juga mudah dimana kesemua aplikasi Android ini boleh didapati di dalam Microsoft Store.

Boleh di naik taraf secara percuma

Yang paling menariknya, sistem operasi Windows 11 ini boleh dinaik taraf secara percuma bagi komputer Windows 10 yang layak bermula hujung tahun ini.

Namun ada syarat minimum perkakasan untuk anda menaik taraf iaitu :

64-bit CPU
4GB RAM
64GB of storage.

Muat naik juga dijangka akan dilakukan menerusi Windows Update sama seperti Windows 10 sebelum ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.