fbpx

Wanita Ini Kongsi Bagaimana ‘Hutang’ 1 Sen PTPTN Jadi RM515 Hingga Nyaris Naik Ke Mahkamah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana terdapat baki 1 sen tunggakan pinjaman pada akaun PTPTNnya, seorang wanita nyaris berdepan tindakan mahkamah.

Kisah ini bermula apabila Fateema Dzulkifli, seorang guru berkongsi kepada orang ramai bahawa dia ada menerima satu notis peringatan tindakan undang-undang oleh pihak PTPTN untuk menyelesaikan tunggakan pinjamannya.

Bingung dengan situasi tersebut memandangkan dia sebenarnya sudahpun membuat pembayaran penuh pada tahun 2015 menerusi akaun KWSP-nya , Cikgu Fateema kemudiannya dimaklumkan yang dia sebenarnya masih lagi mempunyai baki hutang sebanyak 1 sen.

Dari 1sen meningkat menjadi RM515

Namun apa yang mengejutkan wanita tersebut, baki 1 sen tersebut yang tidak diketahui dari mana kewujudannya bagaimanapun telah meningkat menjadi RM 515 dalam tempoh 6 tahun.

“Cikgu dapat e-mel surat amaran, akan diambil tindakan mahkamah oleh PTPTN. Perlu bayar rm515 padahal julai 2015 dah bayar habis penuh guna KWSP.

“Lepas email (KWSP) call asyik tak masuk, cikgu (terus) mesej FB PTPTN. Hasil semakan kes, 1sen boleh jadi rm515 selepas 6 tahun.

“(Saya) dah habis bayar ikut jumlah akhir yang PTPTN bagi dan tak tahu mana datang 1 sen tu. Rupanya ada lagi yang senasib.. habis bayar tetapi pinjaman masih berjalan” kongsinya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tidak terima surat pelepasan pada tahun 2015

Mengulas mengenai surat pengesahan pelepasan, Cikgu Fateema menyatakan dia tidak pernah menerima surat tersebut sebaik menyelesaikan pembayaran pada tahun 2015. Selepas beberapa percubaan gagal, beliau akhirnya terlupa mengenai isu tersebut kerana telah berpindah ke Terengganu.

Tak dapat surat pelepasan ke?

Tak, saya disuruh tunggu sebulan, sampai ke sudah tak dapat. Bila saya call katanya akan disemak tetapi tak ada yang hubung balik. Bila semak link PTPTN, surat pelepasan tak pernah dicetak. saya pindah Terengganu, jadi tak fikir dah… lupa pun ya.

Kes diuruskan pegawai PTPTN yang efisien

Dia kemudian berjaya menghubungi pihak PTPTN menerusi aplikasi perbualan whatsapp. Menurut pendidik itu lagi, kes berkenaaan kemudian diuruskan seorang pegawai PTPTN yang begitu efisien.

Malah seorang pegawai dari unit khidmat pelanggan turut menghubunginya semula memohon maaf dan berjanji akan menyelesaikan kes berkenaan secepat mungkin.

Alhamdulillah pagi ini saya ada whatsapp pegawai PTPTN, En. Aizol dan dengan pantas balas bertindak. Beliau dah bincang dengan peguam dan cikgu tak akan dikenakan tindakan mahkamah.

Pn. Azlina dari bahagian customer service juga ada call, dan meminta maaf secara personal bagi pihak PTPTN. Beliau akan uruskan dan bagi jaminan kes saya akan diselesaikan secepat mungkin.

Mana datang 1 sen?

Menurutnya sebelum bulan april 2016, sistem PTPTN masih berjalan secara manual. Justeru selepas habis bayar, pegawai yang menguruskan kos takaful tanpa sengaja telah mengenakan caj sebanyak 1 sen dipercayai disebabkan data yang lambat dikemaskini.

Yakin perkara ini hanyalah satu ‘human error’, Cikgu Fateema kemudian merumuskan angka 1 sen tersebt kemudiannya terus meningkat disebabkan terdapat kos-kos tambahan lain seperti kos servis dan insuran.

Akhirnya selesai tanpa perlu buat sebarang pembayaran

Hasil bantuan pegawai-pegawai berkenaan, dicampur dengan dokumen-dokumen seperti penyata baki akhir yang masih disimpannya, kes tersebut akhirnya berjaya diselesaikan tanpa perlu membuat sebarang pembayaran dan membabitkan mahkamah.

Malah menerusi satu lagi hantaran, Cikgu Fateema memaklumkan dia sudahpun menerima surat pelepasan yang sudah 6 tahun di tunggunya.

Alhamdulillah, akhirnya dah selesai hutang PTPTN cikgu. Tak sangka habis bayar 2015, hutang PTPTN selesai dan dapat surat pelepasan pada tahun 2021.

Kongsi tips untuk peminjam PTPN yang berdepan isu sama.

Gembira dengan perkembangan tersebut, beliau menerusi hantaran sama turut berkongsi beberapa tips kepada peminjam yang lain.

1.Simpan semua dokumen penting sebagai bukti sudah melangsaikan pinjaman
2.Hubungi pegawai PTPTN untuk semak status hutang dan ambil tindakan bersihkan rekod
3. Buat semakan status pembayaran hutang secara online
4. Semak dan dapatkan surat pengesahan selesai pembayaran sekiranya sudah langsai pinjaman

Nasihatnya, semua ini penting demi memastikan rekod CCRIS peminjam didalam keadaan yang baik.

Ia merupakan masalah Teknikal

PTPTN menerusi satu kenyataan kemudian memaklumkan isu tersebut yang sudah selesai sebenarnya berpunca dari masalah teknikal.

Tambah PTPTN lagi, mereka sentiasa mengambil berat permasalahan yang dihadapi peminjam dan terbuka untuk berunding dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran.

Mereka dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai yang sudah melunaskan pembayaran penuh untuk mendapatkan Surat Pelepasan Hutang sebagai pengesahahan rasmi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.