
“Minta Maaf Ya..” – Ahli Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir, Jenazah Lalu Tanpa Singgah Di Rumah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, ramai yang telah terkorban disebabkan oleh virus ini. Malah Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan untuk mengurangkan penularan penyakit berjangkit ini telah membantut peluang memberi salam terakhir buat ahli keluarga yang telah pergi walaupun bukan akibat daripada Covid-19.
Perkara ini sudah semestinya meruntun jiwa yang melihat, terutamanya individu yang terpaksa berdepan dengan situasi ini kerana tidak dapat mengiringi jenazah hingga ke liang lahad.
Lambaian akhir buat arwah
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook lebih dikenali sebagai Siti Norsiah Osman telah berkongsi detik akhir bersama arwah ibu saudaranya yang hanya mampu dilihat dari jauh.
Menerusi video yang dimuatnaik, ahli keluarga sebak melambaikan tangan buat van jenazah yang diiringi beberapa kereta polis sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Mereka turut bertindak memperlahankan kenderaan untuk memberi peluang buat ahli keluarga sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Pegawai polis minta maaf tak dapat singgah
Lebih menyedihkan apabila pegawai polis yang terlibat berulang kali meminta maaf kerana tidak dapat singgah ke rumah.
“Assalamualaikum semua. Minta maaf ya, tak dapat singgah. Minta bersabar ya. Kita hantar terus ke tempat persinggahan terakhir. Minta maaf ya.”
Dalam pada itu, pegawai tersebut turut meminta ahli keluarga yang lain untuk mengirimkan bacaan Al-Fatihah buat arwah.
Menurut perkongsian anak arwah sendiri di posting Facebooknya, kali terakhir mereka berhubung adalah pada tarikh 2 Julai jam 9.30 pagi sebelum arwah yang mesra dipanggil Mak dijemput Ilahi pada 10.29 pagi.
Namun begitu, tiada sebarang update lanjut yang ditinggalkan oleh ahli keluarganya mengenai punca pemergian Allahyarhamah berusia 86 tahun itu.