Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan beberapa bantuan di bawah pakej PEMULIH antaranya moratorium selama 6 bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Namun untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman kali ini, ianya bukan lagi secara auto seperti tahun yang lalu, sebaliknya peminjam perlu membuat permohonan dan ianya akan auto lulus kepada insititusi perbankan masing-masing bermula esok, 7 Julai 2021.
Terbaru Bank Negara Malaysia telah berkongsi beberapa maklumat penting termasuk kaedah untuk orang ramai memohon moratorium tersebut. Jadi di bawah kami kongsikan kesemua kaedah yang dikongsikan BNM.
Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.
*Dapatkan url untuk tujuan moratorium oleh perbankan masing-masing di penghujung artikel
Selain memohon menggunakan web, pemohon juga boleh menggunakan e-mel automatik dengan melayari lawan sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.
Langkahnya juga dijangka sama dengan laman web
Sesetengah peminjam juga mungkin perlu menghubungi bank mereka melalui telefon. Dari situ mereka akan diberi panduan oleh pegawai khidmat pelanggan.
Namun jika ketiga-tiga kaedah digital ini tidak dapat digunakan , mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium. Namun peminjam dinasihati supaya mendapatkan maklumat tentang sebarang perubahan waktu operasi atau aturan perkhidmatan kaunter daripada bank masing-masing berikutan sekatan pergerakan.
Menurut BNM lagi, Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
a) Moratorium ini hanya ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021. Bermakna sebarang pembiayaan pada 1 Julai 2021 dan selepasnya adalah tidak layak.
b)Antara syarat utama lainnya ialah peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/ winding up) sewaktu membuat permohonan
c)Orang ramai perlu tahu dan faham dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman yang ditawarkan ini, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
d)Pihak Bank akan diminta member penerangan apakah kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.
e)Pihak Bank tidak akan mengenakan caj faedah (interest) ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah atau keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.
f)Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) anda sebagai peminjam tidak akan terkesan dengan bantuan ini.
g) Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
Kesemua alamat laman perbankan bagi tujuan moratorium boleh di dapati dibawah seperti yang dikongsikan Bank Negara Malaysia :
Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…
Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…
Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…
Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…