fbpx
Now Reading
Ini Cara Untuk Memohon Moratorium 6 Bulan Bermula 7 Julai

Ini Cara Untuk Memohon Moratorium 6 Bulan Bermula 7 Julai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan beberapa bantuan di bawah pakej PEMULIH antaranya moratorium selama 6 bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Namun untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman kali ini, ianya bukan lagi secara auto seperti tahun yang lalu, sebaliknya peminjam perlu membuat permohonan dan ianya akan auto lulus kepada insititusi perbankan masing-masing bermula esok, 7 Julai 2021.

Foto : BNM

Terbaru Bank Negara Malaysia telah berkongsi beberapa maklumat penting termasuk kaedah untuk orang ramai memohon moratorium tersebut. Jadi di bawah kami kongsikan kesemua kaedah yang dikongsikan BNM.

#1 Secara dalam talian melalui borang web

Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

*Dapatkan url untuk tujuan moratorium oleh perbankan masing-masing di penghujung artikel

2. Secara e-mel

Selain memohon menggunakan web, pemohon juga boleh menggunakan e-mel automatik dengan melayari lawan sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

Langkahnya juga dijangka sama dengan laman web

#3 Panggilan telefon

Sesetengah peminjam juga mungkin perlu menghubungi bank mereka melalui telefon. Dari situ mereka akan diberi panduan oleh pegawai khidmat pelanggan.

#4 Dengan mengunjungi cawangan bank (bergantung pada lokasi)

Namun jika ketiga-tiga kaedah digital ini tidak dapat digunakan , mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium. Namun peminjam dinasihati supaya mendapatkan maklumat tentang sebarang perubahan waktu operasi atau aturan perkhidmatan kaunter daripada bank masing-masing berikutan sekatan pergerakan.

Menurut BNM lagi, Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.

Apa yang patut anda tahu sebelum membuat permohonan

a) Moratorium ini hanya ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021. Bermakna sebarang pembiayaan pada 1 Julai 2021 dan selepasnya adalah tidak layak.

b)Antara syarat utama lainnya ialah peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/ winding up) sewaktu membuat permohonan

c)Orang ramai perlu tahu dan faham dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman yang ditawarkan ini, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

d)Pihak Bank akan diminta member penerangan apakah kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

e)Pihak Bank tidak akan mengenakan caj faedah (interest) ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah atau keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.

f)Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) anda sebagai peminjam tidak akan terkesan dengan bantuan ini.

g) Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).

Alamat laman sesawang perbankan anda:

Kesemua alamat laman perbankan bagi tujuan moratorium boleh di dapati dibawah seperti yang dikongsikan Bank Negara Malaysia :

Institusi Perbankan

Affin Bank Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Islamic Bank Berhad
AmBank (M) Berhad
AmBank Islamic Berhad
BNP Paribas Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB Bank Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad
Citibank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
MUFG Bank (Malaysia) Berhad
Malayan Banking Berhad
Maybank Islamic Berhad
MBSB Bank Berhad
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
OCBC Al-Amin Bank Berhad
Public Bank Berhad
Public Islamic Bank Berhad
RHB Bank Berhad
RHB Islamic Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Saadiq Berhad
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Institusi Kewangan Pembangunan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Bank Simpanan Nasional
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.