fbpx
Now Reading
Berdepan Detik Ngeri, CCTV Rakam Kapten Bas Terselamat Selepas Bas ‘Terbang’ Melepasi Badan

Berdepan Detik Ngeri, CCTV Rakam Kapten Bas Terselamat Selepas Bas ‘Terbang’ Melepasi Badan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berpantang maut sebelum ajal. Inilah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi kapten bas ini yang terselamat dari nahas bas terbabas.

Kejadian tersebut berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, Singapura pada 11 Julai yang lalu.

Rakaman CCTV kejadian tersebut telah dikongsikan di Facebook (buses[IN]gapore!) dan meraih perhatian ramai.

Difahamkan menerusi kapsyen yang ditulis, video itu telah tersebar dengan meluas di WhatsApp sebelum pemilik akaun bertindak memuatnaik di ‘page’ tersebut.

Berdasarkan perkongsian tersebut, mangsa dilihat terpelanting hampir 2 meter ke atas jalan.

Dia turut memegang kepala dan mengecilkan badan berkemungkinan sebagai langkah untuk menyelamatkan diri.

Nasib menyebelahinya, ukuran bas itu yang panjang mengambil masa yang agak lama untuk jatuh dan betul-betul melalui atas badannya sebelum terbalik ke bahagian tepi.

Menurut laporan Mothership, mangsa difahamkan adalah kapten bas tersebut berdasarkan uniform yang dipakai.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.05 petang ini berpunca daripada pelanggaran dua buah bas dimana melibatkan 17 mangsa yang tercedera dan telah dikejarkan ke hospital.

Walaubagaimanapun, kebanyakan mangsa telah didiscaj dan empat daripadanya masih berada di wad untuk rawatan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.