fbpx
Now Reading
Aplikasi KitaJaga.Co Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna iPhone

Aplikasi KitaJaga.Co Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna iPhone

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin seluruh rakyat Malaysia sudah cukup tahu dengan kewujudan aplikasi web Kita Jaga.co, satu inisiatif oleh Terato Tech, syarikat pembangun produk digital tempatan dalam membantu golongan yang ekonomi mereka terjejas teruk akibat penularan Covid-19 .

Mula dilancarkan pada awal Julai lalu dalam versi website, KitaJaga berfungsi menghubungkan pemberi bantuan dan penderma hanya dengan berpandukan ikon bendera putih dan ikon gerobok pada peta di aplikasi tersebut.

Terbaharu, tidak sampai sebulan dilancarkan, Terato Tech mengumumkan KitaJaga kini sudah ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk pengguna iPhone.

Meskipun aplikasi hanya untuk pengguna iOS, Terato Tech menerusi perkongsian turut memberi petunjuk akan menghasilkan aplikasi sama buat pengguna Android meskipun tiada memaklumkan sebarang tarikh.

Sama seperti aplikasi web, aplikasi versi iPhone ini turut membenarkan penggunanya untuk memohon bantuan atau mewarwarkan penawaran bantuan.

Buat pengguna iphone, anda boleh memua turun aplikasi KitaJaga disini atau copy paste link ini di browser anda : https://apps.apple.com/my/app/kitajaga/id1576838148

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.