fbpx
Now Reading
Bekas Pensyarah Tawar Kelas Online RM1, Bimbing Pelajar Selesaikan Projek Kelas Termasuk FYP

Bekas Pensyarah Tawar Kelas Online RM1, Bimbing Pelajar Selesaikan Projek Kelas Termasuk FYP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pereka berpengalaman mencuri tumpual apabila beliau menawarkan kelas dalam talian dengan hargat tidak masuk akal kepada pelajar senireka.

Zainal Abidin Abdul Rahman, 72 tahun, yang juga merupakan bekas pensyarah Seni reka bentuk di Universiti LimKokWing sudi berkongsi ilmu pengetahuan serta kemahiran dan pengalamannya kepada semua pelajar senireka baik di peringkat diploma hinggalah ke PHD hanya dengan RM 1.

Menerusi perkongsian di akaun Twitternya, Zain berkata bimbingan tersebut termasuklah tugasan projek seperi Projek Tahun Akhir ( FYP) dan juga Thesis.

Menerusi laporan MalayMail, setakat ini 45 sudahpun menunjukkan minat untuk mengikuti kelasnya. Dari angka tersebut 8 dari mereka yang merupakan pelajar peringkat Masters sudahpun mengadakan sesi online bersamanya.

“Mempunyai seorang guru di samping anda adalah penting untuk seorang pelajar reka bentuk agar dia dapat memerhatian tugasan anda dan memperbaiki sebarang kesilapan.

“Tetapi disebabkan pandemik semua ini kini berubah kepada dalam talian dan saya perhatikan ada pelajar tidak berminat untuk melakukan sebaik mungkin dalam menghasilkan karya.

“Seorang pelajar yang meminta bimbingan dari saya menunjukkan lakarannya dan hasilnya jauh dari jangkaan” katanya kepada MalayMail.

Jelasnya lagi, adalah penting untuk menghubungkan pelajar dengan pemain industri yang tepat bagi mendapatkan maklum balas demi perkembangan mereka sebagai pereka di masa hadapan.

Turut tawaran bimbingan kepada orang ramai

Beliau difahamkan turut menawarkan bimbingan kepada orang ramai asalkan ianya berkait dengan seni reka.

Selain golongan pelajar, terdapat juga guru sekolah dan juga usahawan bunga dan tudung yang ingin mendapatkan bantuan bimbingan dari Zainal.

Jadi jika anda seorang pelajar senireka atau tahu ada kenalan yang memerlukan idea mengenai seni reka, bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan maklum balas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.