
Video PDRM Lupuskan Mesin Bitcoin Guna Jentera Penggelek Tarik Perhatian Dunia Luar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru- baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri telah melupuskan sebanyak 1,069 mesin yang digunakan untuk aktiviti melombong mata wang digital bitcoin .
Difahamkan kesemua mesin bitcon berjumlah RM5.3 juta yang dilupuskan ini adalah hasil dari 6 operasi serbuan mereka bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) sepanjang Februari hingga April 2021 di daerah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawarim, premis-premis tersebut yang sebelum ini yang menjalankan aktiviti melombong mata wang digital secara haram bukan sahaja menyebabkan SEB kerugian sekitar RM8.4 juta malahan turut menjadi punca tiga buah rumah terbakar ekoran dari penyambungan elektrik secara haram.
Guna Jentera Penggelek
Portal Dayak Daily, kemudiannya berkongsikan video sewaktu aktiviti pelupusan berkenaan menggunakan jentera penggelek yang berlangsung di IPD Miri.
Tindakan tegas PDRM kemudian mendapat perhatian media tempatan malahan media antarabangsa antaranya BBC,CNBC dan SCMP. Ternyata kaedah yang digunakan iaitu dengan menggunakan jentera penggelek mencuri tumpuan mereka.


“Police in the Malaysian state of Sarawak recently found themselves saddled with 1,069 Bitcoin mining machines – and found an innovative way to dispose of them.
BBC
SCMP dalam masa sama turut berkongsi video pelupusan tersebut di laman Youtube mereka.
Terkejut de
Meskipun kaedah yang digunakan adalah betul, netizen yang menonton video tersebut nyata terkejut dengan tindakan tegas pihak berkuasa di Malaysia memandangkan mesin berkenaan sebenarnya mempunyai harga yang tinggi walaupun untuk pasaran barangan terpakai.



Ramai sokong tindakan PDRM
Namun dalam masa sama, ramai yang tampil menyokong tindakan PDRM dengan menyifatkan pelupusan tersebut lebih kepada ‘mesej’ dan amaran diatas tindakan jenayah mereka mencuri elektrik sehingga menyebabkan kerugian dan kebakaran.
Jelas mereka sekiranya ia dijual kembali, pasti akan muncul penjenayah baru yang akan menggunakan teknik sama memandangkan pelombongan matawang kripto memerlukan tenaga elektrik yang banyak


