fbpx
Now Reading
Atlet Filipina Yang Berlatih Di Melaka Kini Bergelar Jutawan Selepas Raih Pingat Emas Olimpik

Atlet Filipina Yang Berlatih Di Melaka Kini Bergelar Jutawan Selepas Raih Pingat Emas Olimpik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama atlet angkat berat Filipina Hidily Diaz, hangat diperkatakan sejak semalam selepas dia berjaya merangkul emas pertama untuk negaranya didalam sukan Olimpik menerusi acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Lebih manis apabila dia juga berjaya mengetepikan juara dunia Liao Qiuyun dari China sekaligus mencipta rekod baharu buat dirinya apabila berjaya mengangkat bebanan 127kg dalam disiplin clean and jerk.

Setahun berlatih di Malaysia

Kisah Diaz sebelum ini pernah menjadi tular dimana dia terpaksa menjalani latihan dalam keadaan serba kekurangan di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka bersama pasukannya, selepas tersadai di Malaysa akibat Covid-19 sejak setahun lalu.

Difahamkan meskipun terpaksa menetap di Malaysia, namun situasi tersebut langsung tidak merencatkan perrsiapannya untuk memburu emas Olimpik Tokyo 2020.

Diaz sewaktu berlatih di Jasin, Melaka sebagai persediaan Olimpik Foto : AFP

Malah dia bersyukur apabila dia dan pasukannya di sini dibantu oleh penduduk di Melaka selain turut diberikan tempat latihan oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

“Mereka (Malaysia) melayan kami seperti golongan mereka sendiri dan membiarkan kami berlatih di pusat latihan mereka ketika saya tidak mempunyai tempat untuk berlatih.”

Diaz via Business Mirror

Dapat habuan 33 juta peso ((RM2.77 juta)

Foto : Metro/ AFP

Ekoran dari kejayaan meraih emas pertama untuk negaranya di Olimpik, Diaz dikhabarkan akan menerima  habuan ₱ 33 juta (RM2.77 juta) sebaik pulang ke Filipina.

Insentif berkenaan difahamkan adalah dari agensi utama sukan di sana, Philippine Sports Commission (PSC) dan jutawan di sana untuk atlet mereka yang beraya mengharumkan nama negara mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.