fbpx
Now Reading
Ini Senarai Kelonggaran Untuk Individu Yang Sudah Terima Vaksinasi Lengkap Seperti Yang Diumumkan PM

Ini Senarai Kelonggaran Untuk Individu Yang Sudah Terima Vaksinasi Lengkap Seperti Yang Diumumkan PM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti dijanjikan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhydiddin Yassin sebentar tadi telah menggumumkan kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Terpakai untuk mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya

Menerusi perutusan khas tersebut beliau turut menjelaskan kesemua kelonggaran ini akan mula berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos 2021 namun ianya terpakai kepada mereka yang sudah divaksin lengkap.

Apa yand dimaksudkan ‘vaksin lengkap’/ sudah divaksinasi sepenuhnya?

Dalam bahasa mudahnya, anda dikira sudah vaksin lengkap atau apabila mereka sudah melebihi :

1. 14 hari selepas suntikan dos kedua bagi vaksin dua dos seperti Pfizer, Sinovac dan Astra Zecenca

2. 28 hari selepas suntikan vagi vaksin dos tunggal seperti CanSino dan Johnson & Johnson

Senarai-senarai kelonggaran

Dari segi kelonggaran dan kemudahan pula adalah mengikut kategori Fasa seperti berikut :

Untuk semua Fasa PPN:

#1 Pasangan jarak jauh dibenar rentas daerah/negeri

Pasangan Jarak Jauh (pasangan jarak jauh) lengkap vaksinasi dibenarkan rentas daerah dan negeri runtuk bertemu pasangan masing-masing. Ia juga terpakai untuk ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap untuk merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Foto : MKN

#2 Rentas daerah/negeri dibenar untuk ibu bapa jumpa anak bawah 18 tahun

Rentas daerah dan negeri turut dibenarkan untuk ibu bapa yang ingin berjumpa anak mereka yang di bawah 18 tahun

#3 Kuarantin wajib di rumah bagi pengembara yang baru pulang dari luar negara

Kuarantin wajib di rumah bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara yang baru pulang dari luar negara yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk PR dan Malaysia MY Second home yang sudah lengkap vaksinasi.


#4 Solat jemah di masjid/surau dibenarkan untuk semua fasa PPN.

Solat jemaah di masjid atau surau dibenarkan untuk semua fasa PPN. Namun jemaah perlu menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksin kepada petugas masjid atau surau sebelum masuk ke pusat ibadah. Jemaah perlu terus pulang lepas solat jemaah selesai.

#5 Aktiviti sembahyang untuk semua agama turut dibenarkan

Kemudahan untuk aktiviti sembahyang di semua agama juga dibenarkan untuk individu yang sudah lengkap divaksinasi.

Untuk negeri Fasa 2 PPN dan keatas

Namun untuk negeri yang berada di dalam Fasa 2 PPN dan seterusnya, mereka akan diberi i beberapa lagi kelonggaran dan kemudahan tambahan lain iaitu seperti berikut :

#1 Aktiviti rentas daerah dibenarkan

Kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah bagi individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Dua dan seterusnya.

#2 Aktiviti Dine-In dibenarkan

Aktiviti dine-in turut dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dengan syarat pelanggan menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksin kepada petugas.

#3  Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan

Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) turut dibenarkan antaranya aktiviti seperti memancing, berbasikal , taichi, hiking dan banyak lagi.

#4 Aktiviti pelancongan dibenarkan

Aktiviti pelancongan domestik di hotel, dan inap desa di negeri yang sama juga dibenarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.