fbpx
Now Reading
Kononnya Nak Hantar Barang Di Rumah, Lelaki Bawa Lari Motosikal Warga Emas Dicekup Polis

Kononnya Nak Hantar Barang Di Rumah, Lelaki Bawa Lari Motosikal Warga Emas Dicekup Polis

Menurut PDRM, dalam penahanan itu polis turut merampas motosikal milik warga emas yang didakwa dibawa lari oleh suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kejadian motosikal milik seorang warga emas dibawa lari oleh seorang lelaki.

Kejadian itu berlaku selepas warga emas berkenaan meletakkan motosikalnya di kawasan parkir sebelum datang seorang individu menegurnya.

Awalnya tegur sebelum bawa lari motosikal

Sebaik ditegur mereka kemudian kelihatan sedang berbual-bual sebelum individu berkenaan memakai topi keledar dan menunggang motosikalnya pergi dari kawasan berkenaan.

Kelihatan wajah warga emas itu seperti terpinga-pinga sebaik melihat motosikalnya dibawa pergi.

Polis tahan lelaki dipercayai bawa lari motosikal milik warga emas

Terbaharu, polis telah berjaya menahan individu berkenaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian yang berlaku di Banting, Selangor pada 2 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh laporan telah dibuat oleh dari warga emas berusia 65 tahun pada pukul 11.15 pagi, 2 Oktober.

“Siasat awal polis mendapati semasa kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki warga tempatan tidak dikenali yang mahu meminjam motosikal miliknya dengan alasan hendak menghantar barang yang yang dibelinya ke rumah.

“Bagaimanapun, belum sempat mangsa mengizinkan untuk dipinjam, suspek tiba-tiba bertindak melarikan motosikal milik mangsa itu,” ujarnya, dipetik MalaysiaGazette.

Motosikal milik mangsa turut dirampas

Bertindak dari maklumat tersebut, sepasukan polis dari D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kemudian berjaya mengesan serta menahan suspek berusia 42 tahun di kawasan Klang Utara sekitar jam 12.30 tengah hari.

Katanya lagi dalam penahanan itu, polis turut merampas motosikal milik warga emas berkenaan.

Ada 6 rekod kesalahan jenayah berkaitan dadah

Hasil semakan yang dilakukan terhadap suspek turut mendapati dia mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Suspek turut direman selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.