fbpx

“Tak Tercapai Dek Akal” – 2 Individu Selamba Masukkan Tilam Dalam Mesin ‘Dryer’ Dobi Layan Diri [Video]

Menerusi video tersebut dua tilam berkenaan gagal dimasukkan dalam mesin pengering kerana saiznya yang besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kewujudan dobi layan diri pada masa kini telah banyak memudahkan urusan individu untuk membersih dan mengeringkan pakaian pada kadar yang cepat.

Malah bukan hanya itu, dengan adanya servis sebegini seseorang itu juga boleh membersihkan pakaian mereka tanpa mengira masa memandangkan ia beroperasi selama 24 jam tanpa henti.

Namun meskipun perkhidmatan ini memudahkan terdapat juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakannya dengan memasukkan barangan yang dilarang ketika mendobi.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mesin basuh atau pengering di dobi berkenaan rosak.

2 individu selama masukkan tilam ketika berada di dobi layan diri

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan dua individu yang tidak bertanggungjawab ketika menggunakan mesin pengering di sebuah dobi layan diri.

Menerusi video yang dikongsikan @Cool_Wannabe82 di laman X (Twitter), awalnya kelihatan seorang lelaki sedang menggulung sebuah tilam berwarna hijau di lantai sebuah premis dobi.

Sebaik selesai menggulung tilam berkenaan, lelaki itu bersama seorang wanita kemudian mengangkat barangan tersebut untuk dimasukkan ke dalam mesin pengering.

Tilam yang cuba dimasukkan tak muat dan besar

Apa yang menjadi perhatian, tilam berkenaan secara jelas mempunyai saiz yang besar dan tidak muat untuk dimasukkan ke dalam mesin pengering berkenaan.

Malah keadaan tilam yang tebal juga tidak bersesuaian untuk dikeringkan dengan mesin terbabit.

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai apabila ada yang merasakan tindakan dua individu itu seperti tidak boleh diterima akal.

Malah ada yang menyatakan mereka berfikir luar daripada kotak.

“Masalahnya, dia tak malu ke ada orang rakam-rakam. Jika saya, saya tak akan buat dan terus balik”

“Ini ada sebab kenapa pendidikan dan logik itu sangat penting. Menunjukkan keb***han diri sendiri”

“Patut pemilik dobi letakkan alam penggera satu situ. Kalau ada yang aneh terjadi, pengguna lain, tekan alam tu untuk beritahu pemilik dobi yang ada orang b***h guna mesin”

Untuk makluman anda, terdapat beberapa barangan tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh atau pengering. Antaranya adalah:

  • Mancis api
  • Pemetik api
  • Kasut
  • Tilam
  • Karpet
  • Barang berminyak atau bahan api
  • Alcohol

Barangan seperti kasut, karpet dan sebagainya mempunyai cara tersendiri untuk dibersihkan, malah terdapat premis dobi yang menawarkan perkhidmatan khas untuk barang berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.