fbpx
Now Reading
Cuak Dibawa Ke Balai Polis, Individu Didakwa Scammer Nekad Terjun Keluar Kenderaan e-Hailing [Video]

Cuak Dibawa Ke Balai Polis, Individu Didakwa Scammer Nekad Terjun Keluar Kenderaan e-Hailing [Video]

Dakwa Ahmad Azahari, sebelum ini dia pernah ditipu oleh individu sama yang tidak membayar tambang selepas menggunakan perkhidmatan e-hailing dilakukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (16 Ogos), tular satu video di media sosial yang dikongsikan oleh seorang pemandu e-Hailing memaparkan tindakan seorang individu yang didakwa scammer cuba melompat keluar dari kereta ketika ingin dibawa ke balai polis.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahmad Azahari di Facebook jelasnya kejadian itu berlaku di depan sebuah bank di Sungai Buloh ketika sedang menjemput individu terbabit yang merupakan penumpangnya.

Dakwa sebelum ini pernah ditipu oleh orang yang sama

Dakwa Ahmad Azahari lagi, dia yakin individu sama sebelum ini pernah menipu dirinya apabila tidak membuat pembayaran selepas menggunakan perkhidmatannya.

“Sebelum ini pernah dapat penumpang ini, bila sampai di lokasi dia terus cabut lari dan tidak bayar. Laporkan pada Grab dan sudah dapat ‘refund’ semula.

“Hari ini dia pesan guna aplikasi lain, dari awal aku dah syak penumpang sama yang tipu aku. Awalnya dia cakap nak pinjam RM100 dan bila sampai destinasi kakaknya akan bayar, aku iyakan saja,” jelasnya dalam hantaran itu.

Turunkan tempat duduk depan untuk rakam wajah sebelum individu lompat keluar

Dia kemudian menurunkan tempat duduk hadapan agar kamera dashcam dapat merakam wajah lelaki tersebut.

“Aku nak bawa dia ke balai polis. Baru saja nak masuk ke dalam balai polis, dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap penipu ini sebab dulu dah kena dengan dia.

“Jadi, kepada ‘driver’ semua tolong hati-hati dengan penumpang itu.”

Namun setakat ini kami tidak pasti sama ada pemandu e-Hailing ini ada membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Carian kami turut tidak menemui sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.