fbpx
Now Reading
Video Momen Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Buat Ramai Sebak

Video Momen Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang mengikuti majlis pengebumian penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah semalam pasti perasan Shuib usai pengemubian ada memberitahu media yang dia belum lagi memaklumkan kepada anak-anaknya mengenai pemergian ibu kesayangan mereka.

Dia sewaktu ditemubual tersebut mengakui agak gusar untuk memperjelaskan kepada mereka namun terpaksa menguatkan hati untuk memberitahu situasi sebenar kepada kesemua anaknya itu.

Dia sewaktu bersiaran secara langsung di IG Live-nya semalam turut berkongsi bagaimana penerimaan anak-anaknya sebaik mengetahui kisah sebenar selepas mereka mula curiga kenapa wajah ibu mereka banyak kelihatan di youtube dan media sosial.

Terbaharu, Shuib menerusi akaun arwah isterinya telah berkongsi video momen sewaktu anak-anaknya mengetahui apa yang terjadi terhadap ibu mereka.

“Anak-anak menangis.. mengharapkan ibu balik rindukan ibu..”

Menerusi video tersebut, Shuib yang dikelilingi anaknya secara lembut dan berhemah berkongsi mengenai pemergian ibu mereka.

Kesemua mereka yang terkejut dengan perkhabaran tersebut kemudian mula menangis teresak-esak sebelum Shuib memeluk setiap seorang dari mereka dan menenenangkan mereka dari terus menangis

“Ibu takkan balik dah”

“Ibu takkan balik dah..Ibu dah tak ada tau. Kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga. Syurga kan tempat yang best, tempat yang cantik.

“Anak-anak daddy dah buat yang terbaik, anak daddy dah doakan ibu, dah sembahyang hari-hari… tapi Allah lagi sayangkan ibu”  katanya sambil terus memujuk mereka.

Perkongsian tersebut menyebabkan menyebabkan ramai yang menontonnya menjadi sebak.

Rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti mendoakan agar Shuib terus kuat dan tabah dalam membesarkan ketiga anak-anaknya termasuk bayinya yang baru berusia beberapa hari agar mereka semua membesar menjadi anak yang soleh serta solehah.

Malah ramai turut berdoakan agar kesemua anak mereka kuat dan tabah selepas kehilangan ibu diusia yang begitu kecil.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.