fbpx
Now Reading
Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anda yang rajin melayari media sosial pasti ingat kisah Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau Wani Comel, seorang gadis dengan berat badan mencecah 300 kilogram (kg) yang pernah dibantu oleh seorang pengasas kosmetik terkenal bagi mengurangkan berat badannya.

Namun tidak lama kemudiannya dia tampil membuat satu pendedahan yang dirinya telah dianiaya dan dimanipulasi oleh usahawan tersebut.

Wani sudah tiada

 Terbaru hari ini, Wani dimaklumkan telah meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi disebabkan Covid-19. Difahamkan rakan karib arwah, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga disahkan meninggal dunia kerana Covid-19 pada hari yang sama.

Khabar duka tersebut dimaklumkan oleh ibu rakan karibnya itu menerusi akaun instagram Wani sendiri.

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi dihari yg sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disebabkan Covid 19.. Allahuakbar Allahuakbar


Mohon sedekah alfatihah

Dalam pada itu, ibu Puteri memohon orang ramai agar menyedekahkan Al Fatihah buat Wani dan anaknya.

“Sayu hati saya 2 insan yg saya sayangi telah pergi dihari yg sama. Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah” tulisnya di IG.

Baru kehilangan abang Julai lalu

Sekitar julai lalu, abang kepada arwah telah meninggal dunia disebabkan disebabkan serangan sakit jantung ditempat kerjanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.