
[Terkini] Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Sekretariat Malaysia Sudah Buat Bantahan Rasmi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pasukan pengajur Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi mengesahkan pingat Emas yang milik Ziyad Zolkefli ditarik kembali dan menamakan atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes kontinjen Ukrain .
Maksym Koval🇺🇦 has won #gold in #ParaAthletics – Men's Shot Put – F20 at the #Tokyo2020 #Paralympics #UnitedByEmotion
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) August 31, 2021
Menurut pengulas sukan Astro Arrena, Hafizal Hamad, protes oleh pasukan Ukraine tersebut ekoran dari kemasukan Ziyad yang lambat kedalam bilik ‘call room’ sebelum pertandingan berlangsung.
Selain Ziyad, dua lagi atlet luar iaitu atlet Equacor dan juga Australia turut hilang kelayakan gara-gara lambat ke call room. P
Meskipun mengejutkan dan menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia , Team Malaysia menerusi Twitter memaklumkan sekretariat negara sudah membuat bantahan secara rasmi ekoran dari keputusan penarikan tersebut.
#Athletics | 31 Ogos
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 31, 2021
TERKINI: @Paralympics mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet #UKR, Maksym Koval selepas diprotes. Semoga Ziyad kuat. 😭 #Paralympics #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia https://t.co/498UFLT9ja
Tunggu siasatan
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Faizal Azumu, setakat ini bantahan delegasi Malaysia yang diketuai Chef De Mission dan KSU Kementerian Belia dan Sukan masih lagi dalam siasatan penganjur Paralimpik
KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga2, sedang counter protest. Doakan
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
Update Tokyo – Masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021