fbpx
Now Reading
“Tak Pernah Termimpi” – Abang Viva Terharu, Tak Sangka Terima Pingat Jasa Kebaktian Melaka

“Tak Pernah Termimpi” – Abang Viva Terharu, Tak Sangka Terima Pingat Jasa Kebaktian Melaka

Kehadiran Abang Viva di Balai Istiadat Seri Negeri untuk menerima darjah kebesaran itu turut diiringi ibunda tercinta, Norbibah Hashim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama sukarelawan terkenal, Abang Viva hangat diperkatakan di media sosial selepas beliau dilaporkan menjadi salah satu penerima darjah kebesaran Negeri Melaka bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Menurut laporan Bernama, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30 dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Melaka di atas jasanya membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menerusi foto tersebut, kehadiran Abang Viva di Balai Istiadat Seri Negeri turut diiringi ibunya, Norbibah Hashim, 67.

Tak pernah termimpi dapat penghargaan sebegini

Abang Viva menerusi satu hantaran di Facebook sebentar tadi meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan TYT tersebut.

Mengakui sama-sekali tidak menyangka akan mendapat perhargaan sebegini, Abang Viva yang juga merupakan bekas pelajar SMK Malim, Bertam Malim, Melaka bagaimanapun berjanji akan memikul amanah yang telah diberikan oleh orang ramai kepadanya.

“Ahamdullilah. Tak pernah termimpi untuk dapat penghargaan setinggi ni. Saya tak layak untuk terimanya (kerana) tiada apa yang saya buat untuk diangkat sampai macam ini.”

Akan pikul amanah yang diberikan

“Jutaan terima kasih kepada Pejabat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka. Terima kasih kerajaan Negeri Melaka.

“Insya-Allah saya akan pikul amanah yang diberi oleh semua orang sebaiknya. Doakan saya,” tulis beliau di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau.

Malah ramai yang merasakan beliau sememangnya layak menerima penganugerah tersebut di atas jasanya membantu orang ramai yang memerlukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.