fbpx
Now Reading
Pengguna iPhone Di Malaysia Kini Dapat Sokongan 5G, Ini Senarai Peranti Yang Diumumkan DNB

Pengguna iPhone Di Malaysia Kini Dapat Sokongan 5G, Ini Senarai Peranti Yang Diumumkan DNB

Semak cara mengaktifkan konfigurasi 5G pada iPhone anda di bawah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua bulan menanti, pengguna peranti pintar iPhone di Malaysia kini sudah boleh menikmati sokongan 5G sama seperti pengguna peranti Android.

Menerusi iOS 16.2 yang dilancarkan pagi tadi (14 Disember) semua peranti iPhone yang melepasi kriteria sudah mula menerima sokongan 5G dari kemas kini tersebut.

Ia bagaimanapun bergantung kepada peranti dan telco yang anda gunakan di mana buat masa ini hanya Celcom, Digi, dan U Mobile sahaja yang tersedia dengan sokongan tersebut.

Pengguna Maxis pula perlu menunggu lebih lama kerana syarikat telekomunikasi itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham sebelum memeterai perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) yang dijangka akan selesai pada Januari 2023.

Senarai peranti yang layak

Menerusi semakan kami di laman DNB, mereka telah menyenaraikan beberapa peranti yang menyokong 5G iaitu :

  • iPhone 12 Mini
  • iPhone 12
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13 Mini
  • iPhone 13
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone SE (2022)
  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max

iPhone 11 dan peranti sebelumnya tidak tersenarai kerana ianya tidak mempunyai kemampuan 5G.

Cara mengaktifkan konfigurasi 5G

Bagi senarai peranti yang layak, anda hanya perlu mengemaskini IOS anda kepada iOS 16.2.

Sebaik selesai, pergi ke: Settings > Mobile Data > MobileDataOptions > Voice & Data.

Aktifkan tetapan fungsi 5G.

Sebagai info tambahan, selain faktor telco, sokongan 5G juga bergantung pada kawasan yang berada dalam liputan rangkaian itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.