Bertatahkan Berlian & Emas, Ini Bakal iPhone 15 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM2.6 Juta
Apa yang menjadikannya lebih eksklusif adalah ia turut didatangkan dengan loket Snowflake Graff yang merupakan hasil kerja tukang emas terkenal England, Graff.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang iPhone, telefon pintar ini nyata mempunyai peminatnya yang tersendiri hinggakan ada segelintir individu sanggup menggadaikan harta benda semata-mata mahu memilikinya.
Walaupun baru sahaja dilancarkan iPhone 14 pada tahun lepas, kebanyakan penggemar peranti mudah alih ini sudah tidak sabar menantikan kehadiran iPhone 15 yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada 12 September.
Apa yang mengujakan ramai pihak adalah spesifikasi iPhone 15 pada kali ini yang ditambah baik berbanding model yang terdahulu.
Perkenal Model iPhone Termahal Di Dunia
Yang lebih menarik, Caviar, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan telefon pintar mewah semalam (11 September) telah mengumumkan akan mengeluarkan iPhone yang paling mahal di dunia.
Syarikat yang berpangkalan di Rusia itu telah memperkenalkan iPhone Diamond Snowflake daripada varian iPhone 15 dan dijual dengan harga AS$562,700 (RM2.6 juta) meskipun peranti berkenaan belum lagi dikeluarkan.
Dihiasi Dengan Emas Putih 18 Karat dan 570 Butir Belian
Bahkan syarikat ini sudah mula mengiklankan penjualan iPhone 15 yang paling mahal di dunia itu menerusi laman web rasmi mereka lengkap dengan tanda harga.
Versi premium dan mewah kali ini didatangkan dengan sarung yang dihiasi dengan emas putih 18 karat dan 570 butir berlian.
Apa yang menjadikannya lebih eksklusif adalah ia turut dihiasi dengan loket Snowflake Graff yang merupakan hasil kerja tukang emas terkenal England, Graff.
Tiada Penambahan Spesifikasi
Walau bagaimanapun, peranti mudah alih ini tidak mempunyai sebarang penambahan dari sudut spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan.
Sebaliknya, ia hanya tertumpu kepada bahagian sarung peranti tersebut dan masih mengekalkan spesifikasi asal.
Untuk info, Caviar sebelum ini pernah mengejutkan ramai pihak apabila menjual sarung iPhone 14 dan iPhone 14 Max daripada varian Diamond Snowflake dengan harga $533,000 (RM2.4 juta).
Malah, syarikat ini juga pernah menjual iPhone 7 yang dihiasi dan dipenuhi dengan emas serta iPhone 13 yang didatangkan dengan gigi T-Rex sebenar.
Baca Artikel Berkaitan: iPhone 12 Pro Limited Edition Tanpa Kamera Ini Ditawarkan Dengan Harga RM23,000
Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Berhutang Untuk Miliki iPhone, Individu Mengeluh Terpaksa Bayar Pinjaman Bulanan RM165
Baca Artikel Berkaitan: ‘Belikan Saya Iphone 14 Pro Max Boleh Tak?’ – Datin Shahida Dedah Individu Minta Bantuan Beli Telefon