fbpx
Now Reading
Sanggup Berhutang Untuk Miliki iPhone, Individu Mengeluh Terpaksa Bayar Pinjaman Bulanan RM165

Sanggup Berhutang Untuk Miliki iPhone, Individu Mengeluh Terpaksa Bayar Pinjaman Bulanan RM165

Namun, Xavier mendakwa individu berkenaan merungut dan terseksa kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 sebulan bagi hutang peranti iPhone 11 itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, setiap individu mempunyai telefon bimbit yang berperanan sebagai alat telekomunikasi dalam perhubungan seharian.

Malah, di pasaran, terdapat pelbagai jenis dan variasi telefon bimbit yang dijual sesuai dengan bajet dan mengikut keperluan pengguna.

Namun, ada segelintir daripada mereka yang menganggap memiliki iPhone sebagai trend pada masa kini sehinggakan sanggup berhutang semata-mata memiliki peranti keluaran Apple itu.

Tanggung Hutang Bulanan Telefon RM165 Selama 36 Bulan

Menerusi perkongsian di akaun Twitter @XavierNava, dia berkongsi tangkap layar kisah seorang individu yang sanggup membuat pinjaman RM4,099 bagi tempoh 36 bulan semata-mata mahu memiliki iPhone 11 128GB.

Namun, dia mendakwa individu berkenaan merungut dan terseksa kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 sebulan bagi hutang peranti mudah alih tersebut.

“Buat pinjaman sehingga RM4,099 semata-mata untuk iPhone 11 128GB. Ini luahan seorang pembeli yang merungut kerana terpaksa membayar ansuran RM165 lebih awal selama 36 bulan.

“Nasihat saya, fikir berkali-kali jika mahu berhutang untuk membeli iPhone,” ciapnya.

Saran Beli iPhone Terpakai Atau Menabung Untuk Membeli iPhone 14.

Menurut pemilik Twitter berkenaan, peminjam tersebut tidak perlu berhutang sekiranya mahu memiliki iPhone. Sebaliknya, dia boleh membeli iPhone terpakai yang hanya berharga sekitar RM2,199.

Baginya, dengan pinjaman RM4,099, pengguna tersebut telah boleh memiliki iPhone 14 yang lebih terkini dan canggih berbanding iPhone 11.

Malah, bagi Xavier, sekiranya individu itu boleh menyimpan wang sebanyak RM165 selama tujuh bulan, dia boleh memiliki iPhone 11 secara tunai tanpa perlu berhutang.

Ekoran daripada kejadian ini, Xavier turut menitipkan nasihat agar golongan muda terutamanya agar tidak berhutang semata-mata mahu memiliki iPhone.

Ini kerana berhutang boleh mendatangkan mudarat pada masa hadapan malah lebih serius boleh menyebabkan pengguna boleh disenarai hitam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat agar individu berkenaan membeli telefon yang bersesuaian dengan bajet dan kemampuan.

Namun, ada juga setengah netizen yang berpendapat berhutang untuk memiliki iPhone tidak salah, namun peminjam perlu menggunakan kaedah yang berbaloi dan menguntungkan diri sendiri.

Ukur Baju Di Badan Sendiri, Bukan Orang Lain. Kalau Nak Tanggung Risiko Jangan Merungut

Belilah Guna Kad Kredit, Dah La Dapat Beli Bawah Harga Runcit

Baca Artikel Berkaitan: ‘Belikan Saya Iphone 14 Pro Max Boleh Tak?’ – Datin Shahida Dedah Individu Minta Bantuan Beli Telefon

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Idamkan iPhone 14, Pasangan Sanggup Jual Bayi Sendiri Usia 8 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.