fbpx
Now Reading
Pakcik Beli Iphone 11 Disindir Untuk Pergi Umrah, Rupanya Bukan Calang-Calang Orangnya

Pakcik Beli Iphone 11 Disindir Untuk Pergi Umrah, Rupanya Bukan Calang-Calang Orangnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu memiliki Phone dari dulu lagi sudah menjadi satu topik hangat di Malaysia.

Bukan disebabkan ciri atau bentuknya tapi lebih kepada harganya yang sangat mahal sehinggakan muncul gurauan yang menyatakan seseorang perlu menjual buah pinggang sekiranya mahu memiliki handphone jenama berkenaan.

Kehadiran iPhone 11 di Malaysia pasti lebih mensensasikan cerita ini. Terbaharu seorang pakcik yang merupakan pemilik iPhone11 Pro Max di Kota Bharu, Kelantan turut mendapat tempiasnya.

Difahamkan gambar pakcik tersebut bersama anaknya telah dikongsikan oleh Switch, salah satu pengedar sah barangan Apple di Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada mereka selaku pembeli pertama Iphone 11 Pro dan 11 Pro Max di sana.

Bagaimanapun posting tersebut menyebabkan pakcik berkenaan disindir oleh netizen yang mencadangkan agar beliau menggunakan wang tersebut untuk pergi menunaikan umrah berbanding mendapatkan telefon berkenaan.

Tindakan toksik pengguna Twitter itu mengundang kecaman netizen yang berang dengan perangainya yang menyindir pakcik berkenaan tanpa usul periksa . Nak tau kenapa??

Kerana ‘pakcik’ tesebut adalah Dr Awang Nila Ismail, seorang pakar perubatan terkemuka di Kota Bharu.

Bukan itu sahaja, bahkan keperibadiannya sangat disanjungi oleh pesakit, bekas pesakit malahan golongan doktor dan masyarakat disana.

Kaum keluarga turut munculkan diri

Sedikit sebanyak info mengenai Dr Nila

Nasihat kami kepada netizen di luar sana, kurang-kurangkan menjadi toksik dalam masyarakat, fikir dan kaji dulu sebelum berkata-kata. Bersama kita jadikan ruang cyber di negara kita sebagai ruang yang aman, bersih dan tidak saling membenci.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.