fbpx
Now Reading
‘Belikan Saya Iphone 14 Pro Max Boleh Tak?’ – Datin Shahida Dedah Individu Minta Bantuan Beli Telefon

‘Belikan Saya Iphone 14 Pro Max Boleh Tak?’ – Datin Shahida Dedah Individu Minta Bantuan Beli Telefon

Isteri kepada usahawan terkenal, Aliff Syukri itu mendedahkan individu itu memohon bantuan menerusi DM di Instagram untuk membeli telefon jenis iPhone 14 Pro Max.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang paling penting pada masa kini. Ini kerana ia merupakan alat perhubungan utama buat manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Lazimnya, setiap telefon yang dijual di pasaran mempunyai pelbagai variasi dan keistimewaan tersendiri.

Ini membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan kehendak dan bajet bersesuaian dengan poket masing-masing.

Namun, ada juga segelintir individu yang lebih memilih menggunakan telefon seperti iPhone tanpa mengukur kemampuan diri sendiri. Antara sebab utama hanya semata-mata mahu mengikut trend terkini.

Mohon Bantuan Beli Iphone 14 Pro Max Dengan Alasan Untuk Mula Berniaga

Menerusi perkongsian di akaun Instagram @shahidadeherbs, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida telah memuat naik satu hantaran berhubung cubaan seorang individu untuk memohon bantuan kewangan bagi membeli iPhone 14 Pro Max.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan memohon bantuan menerusi mesej peribadi (DM) Shahida untuk membeli telefon tersebut kerana dikatakan wang simpanan bagi membeli iPhone telah hilang.

“Belikan saya Iphone14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari tu dah kumpul, tapi duit saya hilang,” tulis individu berkenaan.

Tambah individu itu, iPhone berkenaan akan digunakan sebagai pelaburan untuk memulakan perniagaan.

Jadikan Aliff Syukri & Shahida Sebagai Inspirasi, Siap Bagi Nombor Akaun

Menurut individu berkenaan, dia telah lama mahu memulakan perniagaan seperti pasangan usahawan terkenal itu.

Melalui tangkap layar yang dikongsikan, individu itu turut meninggalkan nombor akaun bank dengan harapan agar Shahida menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.

“Saya nak sangat buka kedai macam Dato dengan Datin, moga Allah permudahkan urusan datin ya. Ini number akaun saya,” tulisnya lagi.

Masih Guna Telefon Lama

Ternyata Shahida tidak senang dan selesa dengan permohonan bantuan yang diterima.

“Maaf la ya adik. Nak beli iPhone baru 14 (tapi) minta duit. Saya ni pun handphone tak bertukar lama dah, awak sibuk nak minta beli handphone baru,” tulis beliau di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dan mengutuk tindakan individu berkenaan yang memohon bantuan semata-mata untuk membeli iPhone.

Segelintir netizen berpendapat dia perlu berusaha sendiri untuk membeli telefon tersebut atau menggunakan telefon jenama lain yang lebih murah nilainya.

Malah, ada juga yang menyarankan agar dia keluar bekerja sekiranya sihat tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

Mudahnya Meminta Macam Tu Tanpa Rasa Malu, Kita Yang Baca Malu. Usahalah Dik

Saya Mulakan Bisnes Dengan Samsung J7 Prime 10 Tahun Lepas

Macam Gitu Je Dia Minta Eh

Usaha Tak Nak, Meminta Je Tahunya. Ini La Budak Zaman Sekarang

Merepek Aih, Nak Bisnes Tak Payah iPhone 14 Pro Max

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Curi Wang Ibu Saudara, Siap Beli iPhone 14 Pro Mengaku Tidak Bersalah

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Idamkan iPhone 14, Pasangan Sanggup Jual Bayi Sendiri Usia 8 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.