fbpx
Now Reading
“Call Tak Angkat, Dulu Nak Minta Terhegeh-hegeh” – Aliff Syukri Tuntut Hutang Puluhan Juta Dari Bekas Menteri

“Call Tak Angkat, Dulu Nak Minta Terhegeh-hegeh” – Aliff Syukri Tuntut Hutang Puluhan Juta Dari Bekas Menteri

Pengasas produk D’Herbs itu turut memuat naik gambar dipercayai bekas menteri berkenaan, namun menuntup bahagian mukanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meminta seorang bekas menteri yang bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutangnya.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aliff Syukri terpaksa membuat tuntutan secara terbuka itu kerana mendakwa bekas menteri terbabit tidak menjawab panggilan telefon dan mesej daripadanya.

“Tak akan bekas menteri macam ni saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Waktu dulu nak minta bantuan saya dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jumlah pinjaman bernilai puluhan juta

Difahamkan, jumlah pinjaman yang dilakukan oleh bekas menteri terbabit kepada pengasas produk D’Herbs itu bernilai puluhan juta.

Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik gambar dipercayai bekas menteri berkenaan, namun menutup bahagian mukanya.

“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu. Dia mesti kaya sebab bekas Menteri.

“Orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia. Saya minta tolonglah kalau hantaran ini dilihat oleh anak dia atau saudara dia. Tan Sri ni dah tua janganlah buat saya macam ni menzalimi saya,” tulisnya.

Enggan cerita perkara tersebut kerana tidak mahu malukan keluarga bekas menteri itu

Jelas Aliff lagi, dia sebenarnya enggan menceritakan kejadian tersebut kerana tidak mahu memalukan keluarga individu berkenaan.

“Saya taknak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri dan keturunan Tan Sri, jadi saya sabar-sabar sahaja.

“Saya merayu kesian lah saya dan anak bini saya yang dizalimi,” tulisnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.