fbpx
Now Reading
PRN: Ini Antara Manifesto Perikatan Nasional Untuk Rakyat Selangor

PRN: Ini Antara Manifesto Perikatan Nasional Untuk Rakyat Selangor

Menjadikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi semasa sebagai isu utama, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin yang mengandungi 112 tawaran khusus buat rakyat Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbaki seminggu sahaja lagi, bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu semakin terasa.

Malah, dalam tempoh seminggu ini, kelihatan parti politik giat menjalankan kempen bagi mengambil hati dan meraih undi menjelang PRN pada 12 Ogos depan.

Pelbagai manifesto yang dijanjikan khusus buat pengundi di negeri terlibat yang semestinya membawa manfaat dan kebaikan buat pengundi kelak.

Seperti gabungan parti politik yang lain, Perikatan Nasional juga tidak terkecuali dalam mengemukakan manifesto yang menurut mereka adalah terbaik buat rakyat.

PN Umum Manifesto ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’, Tawar 112 Tawaran Khusus Buat Rakyat

Menjadikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi semasa sebagai isu utama, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (4 Ogos) telah mengumumkan manifesto bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ iaitu Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin khusus buat rakyat Selangor.

Pengumuman inisiatif dengan menggunakan prinsip ‘prihatin, bersih dan stabil’ dibuat oleh beliau dalam Majis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada sebentar tadi.

Pakej ransangan bernilai RM2 bilion yang diumumkan bakal menawarkan 112 tawaran khusus buat penduduk Selangor yang dibina berasaskan 7 tunjang melalui 25 pendekatan.

Menerusi manifesto sama terdapat 35 tawaran utama yang dikemukakan iaitu:

  • Mewujudkan satu agensi khusus Kerajaan negeri bagi memperkasa usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi golongan minoriti dengan bajet RM50 juta
  • Skim Prihatin Sihat iaitu manfaat rawatan asas dan perlindungan takaful bagi 250,000 penerima manfaat.
  • Minima 2 bulan elaun khas kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri Selangor.
  • Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor – Bantuan buat 65,000 keluarga yang memerlukan dengan bantuan bulanan RM400 bagi pembelian barangan asas bernilai RM312 juta
  • Skim Mikro Kredit Hijrah iaitu bantuan modal perniagaan dengan dana pusingan berjumlah RM500 juta untuk dimanfaatkan lebih 100,000 peniaga kecil.
  • 20 meter padu air percuma kepada pemegang akaun dengan pendapatan isi rumah RM15,000 dan ke bawah.
  • Insentif Dana Makanan Selangor (DaMaS) iaitu Hab Mega Makanan bagi meningkatkan hasil pengeluaran, termasuk tanaman, ternakan dan perikanan secara berskala besar dan berteknologi tinggi berjumlah RM150 juta.
  • Mewujudkan Dana Khas Tani Bangkit bagi membantu usahawan tani muda untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran agromakanan melalui penggunaan teknologi dan automasi berjumlah RM100 juta.
  • Skim EduStart Selangor iaitu RM1,500 kepada semua pelajar tahun pertama anak Selangor yang akan mendaftar masuk ke IPT termasuk pelajar IPG dan RM500 kepada semua pelajar baharu matrikulasi dan tingkatan enam anak Selangor.
  • Gerai Prihatin Rakyat iaitu penawaran makanan asas pada harga berpatutan.
  • Dana Foodtruck Selangor sebanyak RM50 juta – Penyediaan pinjaman tanpa faedah kepada penjaja untuk memiliki food truck bagi mengembangkan perniagaan mereka
  • Dana Khas Selangor Harmoni berjumlah RM10 juta iaitu peruntukan buat NGO bagi melaksanakan program memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum.
  • Dana Restart Selangor berjumlah RM50 juta – Pembiayaan penggantian peralatan perniagaan yang rosak akibat bencana atau musibah bagi membolehkan mereka menstruktur semula perniagaan yang terjejas.
  • InvestSelangor (RM50 juta) – Untuk mempermudah, menggalak dan mempercepat pelaburan industri masa hadapan bernilai tinggi.
  • Dana Digital Niaga Selangor (DiNiS) bernilai RM 50 juta bagi membantu peniaga muda Selangor mengoptimumkan potensi perniagaan melalui penggunaan teknologi digital.
  • Skim Selangor Riders – Bantuan berjumlah RM700 setahun buat belia yang terlibat dalam industri p-pangilan (p-hailing) untuk mereka mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan motorsikal.
  • Inisiatif Bantuan Prihatin Nelayan Selangor (RM 5 juta setahun) – Bantuan seperti enjin bot dan alatan akuakultur.
  • Dana RM100 juta bagi membina sekolah agama rakyat integrasi sains dan teknologi yang baharu serta menyelenggara dan menaik taraf sekolah agama rakyat.
  • Pengecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah, rumah kampung tradisi dan Kampung Bagan untuk tempoh 5 tahun.
  • Menaikkan Elaun Bulanan Tambahan kepada penggerak masjid dan surau seperti imam (RM1,700), bilal (RM800) serta siak dan nazir (RM600).
  • RM50 juta Dana Khas Selangor Juara bagi mengembalikan kegemilangan Selangor dalam arena sukan.
  • Insentif Selangor Destinasi Pilihan bernnilai RM200 juta bagi merancakkan aktiviti pelancongan kebudayaan dan menyediakan tarikan baharu di kawasan Utara Selangor.
  • Menambah Pusat Aktiviti Warga Emas di seluruh Selangor serta memperkasa aktiviti di pusat-pusat sedia ada melalui sumbangan dana sebanyak RM5,000 setahun.
  • Inisifatif Lahir Selangor iaitu pemberian wang tunai secara terus sebanyak RM500 buat ibu yang baru melahirkan anak.
  • Melancarkan Inisiatif GigEduSelangor berjumlah RM1,500 buat riders p-panggilan (p-hailing) anak Selangor yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
  • Inisiatif Wanita Waja – Bantuan sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 3 bulan, bantuan khidmat kaunseling dan motivasi dan bantuan latihan kemahiran dan pementoran khusus buat wanita yang kematian suami atau berpisah dengan suami.
  • Dana Bantuan PIBG (RM5 juta) – Dana Bantuan PIBG sebanyak RM5,000 setahun kepada semua sekolah Kerajaan di negeri Selangor.
  • Menyediakan bantuan yuran KAFA kepada murid daripada keluarga yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan RM 6 juta setahun.
  • Pusat Kesejahteraan Darul Ehsan – Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental, rawatan dialisis dan rehabilitasi di setiap daerah.
  • Inisiatif Selangor Prihatin Anak Sekolah (SPAS) – Tawaran bantuan tambang bas sekolah sebanyak RM100 sebulan kepada 20,000 anak Selangor daripada keluarga yang memerlukan.
  • Dana Khas RM50 Juta Untuk agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta bagi membuka pusat asuhan baharu di tempat kerja
  • Memperkenalkan Inisiatif Asuh Prihatin Selangor (APS) iaitu bantuan yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM150 setiap bulan untuk 65,000 kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan.
  • Pengecualian Bayaran Parkir Kenderaan di kawasan letak kenderaan bawah seliaan PBT di Selangor Utara.
  • 5 Tahun Pengecualian Sepenuhnya Bayaran sewa tapak perniagaan milik PBT bagi penjaja yang berdaftar di seluruh negeri Selangor.
  • 5 tahun pengecualian fi lesen untuk para penjaja, gerai dan pasar.

Selain itu terdapat banyak lagi inisiatif yang ditawarkan PN untuk rakyat Selangor yang boleh dirujuk di sini.

PN Yakin Menang Besar Dalam PRN Akan Datang

Menurut Muhyiddin, dengan pakej ransangan yang diumumkan, beliau yakin PN bakal memperolehi kemenangan yang besar dalam PRN 2023 yang akan datang.

“PN akan memperolehi kemenangan pada 12 Ogos dan membentuk kerajaan negeri yang bersih dan stabil,” kata beliau.

Malah, beliau juga yakin bahawa tawaran yang dijanjikan oleh PN dapat ditunai dan dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

Baca Artikel Berkaitan: PRN: 100,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi Antara Tawaran PH-BN Kepada Rakyat Selangor

Baca Artikel Berkaitan: PRN: Selesaikan Isu Air Antara Tawaran Manifesto PN Kelantan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.