fbpx

Tular Video Lamborghini Kemalangan Dikatakan Kereta Sewa, ‘Owner’ Jelaskan Ia Dipandu Kawan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai rakaman dashcam kemalangan membabitkan sebuah kereta mewah Lamborghini dengan beberapa buah kenderaan di ibu negara.

Menerusi video tersebut, Lamborghini Gallardo itu yang dipandu laju gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebuah Proton Perdana yang dipandu seorang pakar perubatan berusia berusia 53 hingga menyebabkannya terbalik.

Kereta Perdana itu kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapan antaranya Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger.

Insiden tersebut nyata menaikkan kemarahan orang ramai sehingga netizen cuba mencari identiti pemilik kereta tersebut

Pemandu dakwa kereta sewa

Tidak lama kemudiannya tular pula satu video yang dirakam seorang pengguna jalan raya yang sempat berjumpa dengan pemandu dan penumpang kereta tersebut. Menurut kedua lelaki itu, kerena berkenaan hanyalah kereta sewa.

“Sedarlah awak, memang awak orang kaya tetapi tengok apa yang berlaku,” kata individu yang merakam video tersebut.

“Tak ini bukan kereta saya, ini kereta sewa,” pantas jawab seorang dari dua pemuda tersebut.

Rakan dakwa kereta dipandu mekanik bengkel kereta

Namun siapa sangka, itu bukanlah jawapan sebenarnya. Ini selepas seorang lelaki di Facebook, Mohd Fazly mendakwa kereta tersebut adalah milik seorang sahabatnya yang berasal dari Kelantan.

Jentera berkenaan difahamkam dihantar ke bengkel dua hari sebelum kejadian dan orang yang memandu kereta tersebut sewaktu kemalangan adalah mekanik bengkel tersebut.

Dalam masa sama tular di akaun TikTok beberapa video memperlihatkan kereta tersebut dipandu seorang lelaki beberapa hari sebelum ianya kemalangan, dipercayai

Menggunakan nama @Wanagus92, lelaki ini difahamkan adalah pemilik asal kereta tersebut malah dia sebelum itu sudah banyak berkongsi video mengenai kereta mewah yang dimiliknya.

Pada ruangan komen, dia turut menjelaskan kereta tersebut sewaktu kemalangan dipandu oleh seorang kawannya.

Tambahnya individu tersebut mendakwa ianya berlaku disebabkan kerosakan brek.

Dia bagaimanapun enggan memanjangkan isu itu lagi selepas beberapa netizen turut bertanyakan siapakah 2 pemuda yang memandu kereta berkenaan sewaktu kejadian.

@wanagus92

##lamborghini ##fyp ##fypシ ##fypage ##viralmalaysia ##malaysiatrending ##kemalangan ##fypシ゚viral

♬ Oh No – Kreepa

Turut mohon maaf pada orang ramai

Lelaki itu turut dilihat memohon maaf kepada orang ramai ekoran dari apa yang terjadi memandangkan tidak ramai yang mengetahui bahawa dia hanyalah mangsa keadaaan sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.