fbpx
Now Reading
[Video] Polis Tiba2 Ikut & Tahan Pengutip Barang Lusuh Untuk Hulur Duit Belanja Raih Pujian Ramai

[Video] Polis Tiba2 Ikut & Tahan Pengutip Barang Lusuh Untuk Hulur Duit Belanja Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiba2 Tahan Pengutip Brang Lusuh, Disangka Ada Buat Salah Rupanya Pegawai Polis Nak hulurkan sedekah

Seorang pegawai polis membuktikan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ tepat dalam menghuraikan hubungan polis dengan masyarakat di negara ini apabila tular video beliau menyantuni kepada seorang warga emas yang bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Mula dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Asrul Jamaludin yang juga seorang anggota polis, video memperlihatkan pegawai atasannya dari IPD Kerian, Perak Inspektor Saravanan Gunasekaran menghulurkan sedekah nyata menarik perhatian masyarakat.

Pelik kenapa Inspektor Sara tahan warga emas

Menerusi kenyataan pada video tersebut, Sarjan Asrul Shafawi pada mulanya terkejut kenapa Inspektor Sara memintanya mengikuti seorang warga emas yang baru lepas mengutip barang-barang lusuh.

Malah dia sendiri tertanya-tanya apabila melihat pegawainya itu turun dari kereta dan menahan warga emas berkenaan.

“Kisah hari ini tengah meronda buat pemantauan tiba-tiba terjumpa satu pakcik tengah kayuh basikal. Sebelum tu ternampak dia dok kutip barang-barang buangan. Terus pegawai aku cakap patah balik dan ikut pakcik tu.

“Lepas suruh pakcik tu berhenti tepi aku masih dok fikir apa salah pakcik tu” katanya.

“Rupanya nak hulurkan duit belanja”

Namun apa yang mengejutkan apabila melihat pegawainya itu mengeluarkan dompet sebelum menghulurkan sedekah kepada warga emas berkenaan.

“Ya Allah, rupanya Tuan Sara hulurkan sedikit duit belanja kepada pakcik tu.”

“Mulia hati tuan tanpa mengira bangsa, Respek salute bos” katanya lagi.

Perkongsian murni tersebut nyata menarik perhatian ramai malah turut dimuat naik sekali lagi oleh laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia memuat naik kembali video berkenaan.

Rata-rata netizen berterima kasih dan memuji tindakannya yang disifatkan pemurah.

Berikut antara komen menarik yang ditulis netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.