fbpx
Now Reading
Tanpa Kekejaman & Hukuman Mati, Permainan ‘Squid Game’ Sebenar Akan Dianjurkan Di Abu Dhabi

Tanpa Kekejaman & Hukuman Mati, Permainan ‘Squid Game’ Sebenar Akan Dianjurkan Di Abu Dhabi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Drama bersiri Korea yang ditayangkan di Netflix, Squid Game benar-benar menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Jalan ceritanya yang tidak klise selain dibarisi pelakon yang begitu mantap membuatkan berjaya drama thriller ini berjaya menduduki tempat pertama di pelbagai negara sejak ianya mula ditayangkan.

Terbaharu, Squid Game di dunia sebenar akan dianjurkan di Abu Dhabi, Arab Emiriah Bersatu (UAE) Bunyinya kedengaran menarik tapi agak menakutkan bukan?

Jangan risau, apa yang membezakannya ianya dengan siri Squid Game di Netflix ialah tiada sebarang unsur kekejaman dan hukuman mati, dan ianya adalah sah dan dianjurkan Pusat Kebudayaan Korea di Abu Dhabi, sebagai salah satu cara mempromosikan budaya orang Korea.

Difahamkan dari lebih 300 orang yang memohon, penganjur telah memilih 30 orang peserta yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Namun tiada sebarang hadiah yang akan diberikan bagi program ini.

Bagi memberikan ‘feel’ yang sama, para peserta akan menggunakan uniform berwana hijau sama seperti peserta di dalam Squid Game di Netflix manakala pekerja akan menyarung baju warna merah siap dengan topeng muka.

Menurut laporan The National, 5 permainan akan dimainkan iaitu ‘Red Light, Green Light, batu loncatan kaca, permainan Gula Dalgona, Guli dan Ttakji dalam 5 pusing berbeza.

Foto : Netflix

Mengulas mengenai program tersebut, Pengarah Pusat Kebudayaan Korea, Nam Chan-Woo berkata “Di tengah fenomena Squid Game, kami telah menyediakan acara ini agar orang ramai di UAE merasai pengalaman bermain permaianan tradisional korea

“Sama seperti K-pop yang telah mendapat perhatian di seluruh dunia melalui YouTube pada tahun 2010-an, saya rasa Netflix akan menjadi saluran untuk penyebaran global kandungan video Korea seperti drama dan filem.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.