fbpx
Now Reading
Tan Sri Musa Hassan Gesa PDRM Siasat Dakwaan Akaun Twitter ‘Edisi Siasat’

Tan Sri Musa Hassan Gesa PDRM Siasat Dakwaan Akaun Twitter ‘Edisi Siasat’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak seminggu lalu, sebuah akaun Twitter yang dikenali sebagai Edisi Sisatat telah menggemparkan hampir seluruh rakyat Malayia dari pelbagai lapisan selepas tampil membuat pendedahan salah laku ramai pegawai dari agensi penguat kuasa kerajaan antaranya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti individu yang mengendalikan laman sosial berkenaan bagi mengesannya dengan bantuan SKMM.

Namun memandangkan dakwaan dan maklumat yang dikongsikan akaun berkenaan bukanlah membabitkan orang ‘biasa-biasa’ malah sukar diperoleh oleh wartawan dan orang kebanyakam, ramai yang tertanya-tanya siapakah individu disebalik akaun tersebut.

Terbaharu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa PDRM untuk menyiasat kenyataan yang dimuat naik oleh Edisi Siasat.

Menurut Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) , PDRM perlu mengesahkan dahulu sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya sebelum mereka mengambil sebarang tindakan.

Jelas beliau, jika maklumat itu terbukti palsu, pegawai yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan boleh mengambil tindakan saman sivil ke atas pemilik akaun berkenaan, namun jika ianya benar semua bukti perlu dikumpulkan dalam menentukan dakwaan berkenaan.

“Daripada sudut perundangan, mereka boleh mengambil tindakan saman jika maklumat itu palsu namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku atau sebaliknya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MCCC, di Alam Damai Kuala Lumpur.

Perlu ambil tindakan bagi elak imej PDRM tercalar

Tambah Musa, jika benar kesemua individu yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej PDRM tercalar.

“Dalam hal ini, kesemua sumber maklumat itu perlu disiasat benar atau palsu. Selain itu, pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes yang sama turut melibatkan pengurusan tertinggi sebuah badan pencegah rasuah,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.