Grab Malaysia sebentar tadi menerusi satu ciapan di Twitter memaklumkan aplikasi mereka sedang ‘mengalami gangguan perkhidmatan’.
Situasi ini menurut mereka boleh menyebabkan aplikasi berkenaan tidak berfungsi seperti mana dijangka.
Mereka dalam masa turut memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan menjelaskan sedang melakukan proses baik pulih.
“Pasukan kami sedang meneliti perkara ini dan akan mengemas kini sebaik ia kembali berfungsi.
“Mohon maaf di atas kesulitan dan terima kasih kerana memahami,” kata Grab.
Menerusi ruangan balas, ramai pengguna dilihat memberi respon balas memaklumkan mereka terjejas ekoran dari masalah perkhidmatan yang berlaku.
Ada juga yang diilihat merayu meminta wang mereka untuk dikembalikan antaranya seorang pengguna, Hafizuddin Muthalib.
Apps untuk driver dan rider turut tergendala
Bukan setakat pelanggan, masalah perkhidmatan ini turut melibatkan rider grab dan pemandu grab.
Hasil pemerhatian kami, Grab turut memberi peringatan sama menerusi notifikasi di aplikasi mereka.
Foto : Tangkap Layar dari Aplikasi Grab
Difahamkan gangguan ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Malah, ia turut menjejaskan beberapa negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.
Sebagai info, Grab menawarkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan dan logistik di Malaysia dan seluruh dunia antaranya GrabCar, GrabFood, GrabPasar dan banyak lagi.