fbpx
Now Reading
‘Dia Handsome Boy, Tak Merokok’ – Pak Cik Grab Promote Anak Lelaki Kepada Penumpang [Video]

‘Dia Handsome Boy, Tak Merokok’ – Pak Cik Grab Promote Anak Lelaki Kepada Penumpang [Video]

Pada asalnya, pemandu Grab itu berborak dan bercerita seperti biasa kepada penumpang wanita tersebut tentang anak-anaknya sebelum bercerita tentang anak bujangnya yang belum berkahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika menaiki pengangkutan awam, pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat. Ada yang kekal tenang malah ada juga yang beremosi.

Buat pengguna e-hailing seperti grab, pastinya sebagai penumpang, pelbagai ragam pemandu yang telah ditemui. Ada yang mesra sampai sanggup berborak hingga tiba ke lokasi. Ada juga yang memilih untuk diam membisu.

Cari Jodoh Untuk Anak Lelaki, Promote Pada Penumpang Wanita

Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis apabila menemui seorang pemandu e-hailing yang menggelarkan dirinya sebagai pak cik dan dikatakan mesra dengan penumpang.

Menerusi perkongsian video di Tik Tok @cikniins, gadis itu mendakwa pemandu berkenaan sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Pada asalnya, lelaki itu berborak dan bercerita seperti biasa kepada penumpang wanita itu tentang anak-anaknya sebelum bercerita tentang anak lelakinya yang belum berkahwin.

“Anak pak cik tiga-tiga ada ijazah. Adik dia kahwin dah, kakak dia kahwin dah, dia je tak kahwin lagi,” kata pak cik itu.

Menyedari bahawa pemandu itu cuba mempromosikan anak lelaki kepada dirinya, gadis itu menolak secara baik dengan mengatakan dia sudah tua dan tidak sepadan dengan anak lelaki pak cik itu.

“Tapi jauh beza tu, saya dah tua pak cik,” kata gadis itu.

Dakwa Anak Lelaki Kacak & Tidak Merokok

Namun, pemandu berkenaan dilihat tetap tidak mengalah dan terus mempromosikan anak lelakinya kepada gadis itu.

“Anak pak cik handsome boy, tak merokok, sembahyang taat, lepak-lepak kedai mamak tak de, pakej.

“Dia kerja Jabatan Kerja Raya (JKR), engineer. Kalau jadi menantu pak cik, pak cik ada dusun durian, rumah dah siap semua,” tambah lelaki itu lagi.

Namun, wanita itu menolak dengan baik dan hanya ketawa mendengar cerita pemandu tersebut.

@cikniins

pakcik cari jodoh untuk anak dalam grab? 🤔 macam mana driver grab melayan macam-macam ragam passenger, kami yang passenger ni pun sama jugak 😆 kena dengar cerita dan luahan driver grab, tak kira tua ke muda. kita pasang telinga je.. manatahu driver tu takde tempat nak bercerita. kadang kalau rezeki bagus, dapat driver yang ilmu pengetahuan luas, best jugak dengar macam-macam ilmu baru. Ade tak pelanggan setia grab senasib dengan saya? 😆 dari awal ulang-ulang kata dah tua, sebab nak reject cara halus 😆

♬ suara asli – Maskumis2 – Maskumis2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah lelaki berkenaan. Ada segelintir yang memahami perasaan ibu bapa yang mempunyai anak belum berkahwin.

Malah, ada juga yang berseloroh berharap dapat ditemukan dengan pak cik itu agar dapat menjadi jodoh buat anak lelakinya.

Comel Lah Pak Cik Ni Promote Anak Dia

Kalau Ayah Puji Anak Dia Macam Tu, Insya-Allah Baik Anak Dia

Lepas Ni Aku Simpan Kereta Dekat Rumah, Naik Grab Je

Bagi Saya La, Itu Ciri-Ciri Yang Saya Nak

Sempoi Pak Cik!

Baca Artikel Berkaitan: Proses Pencarian Didakwa Lebih Mudah, Anak Muda Kini Jadikan TikTok Sebagai Platform Cari Jodoh

Baca Artikel Berkaitan: Iklan Cari Jodoh Berhasil! Pemuda Ini Sudah Bertemu Calon Isteri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.