fbpx

Ramai Teruja Pakcik Grab Bukan Islam Hafal Surah Yasin [Video]

Ketika ditanya apakah rahsia pakcik Grab itu masih kelihatan sihat walau sudah berusia, katanya dia sering membaca doa dan 17 ayat dari surah Yasin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menghafal sesuatu perkara yang dibaca mahupun didengari memerlukan masa untuk dipraktikkan.

Malah selain praktis anda juga perlu mempunyai daya ingatan yang kuat agar sebarang bacaan yang cuba untuk dihafal mudah diingati khususnya jika seseorang itu cuba untuk menghafal ayat atau surah di dalam al-Quran.

Pakcik bukan Islam hafal surah Yasin

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang warga emas berbangsa Cina yang bukan Islam boleh menghafal beberapa ayat dari surah Yasin sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Roseni Kamaruddin di Facebook, dia pada awalnya telah menaiki kenderaan pakcik tersebut yang bekerja sebagai seorang pemandu Grab dari Batu Belah ke Aeon Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Sering membaca doa dan 17 ayat pertama Yasin

Ketika di dalam kereta itu, dia kemudian berbual mesra sambil bertanya kepada pakcik berkenaan apakah rahsia warga emas terbabit kelihatan sihat meskipun sudah berusia 71 tahun.

“Bila saya tanya apakah rahsianya, pakcik itu menjawab hari-hari saya doa dan baca 17 ayat pertama dari surah Yasin.

“Malah dia siap baca dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurut Roseni perkara itu adalah kerana hasil pergaulannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu semasa bekerja di UMW Toyota pada suatu masa dahulu.

Baca dengan lancar dari ayat satu sampai 10

Dalam video warga emas itu turut membaca surah tersebut bermula ayat satu sehingga 10.

Perkara turut membuatkan individu di dalam kenderaan tersebut teruja apabila mendengar setiap ayat itu boleh dibaca dengan lancar meskipun ada sebahagian darinya perlu dibetulkan.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mendoakan agar warga emas itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.

“Hanya mampu berdoa agar uncle dapat hidayah mendalami Islam dan terus menjadikan Islam sebagai pegangan hidup”

“Semoga Allah SWT kurniakan hidayah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.