fbpx
Now Reading
Nak Pamper Yang Tersayang Tanpa Kacau ‘Cash-Flow’? PayLater Dari Grab Lah!

Nak Pamper Yang Tersayang Tanpa Kacau ‘Cash-Flow’? PayLater Dari Grab Lah!

PayLater dari Grab ini adalah salah satu cara mudah untuk kawal ‘cashflow’ dan juga ‘track’ perbelanjaan bulanan dengan lebih efektif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cara untuk rai dan hargai pasangan tidak semestinya memerlukan sesuatu yang ‘fancy’ dan terlalu mahal. Banyak perkara yang boleh dilakukan termasuklah mengetahui apakah jenis hobi kesukaan pasangan.

Contohnya, ada pasangan yang suka ‘shopping’ sebagai cara mendapatkan terapi setelah penat lelah bekerja. Tapi ada juga pasangan yang sukakan ‘nature’ dan menjaga kesihatan di mana mereka akan meluangkan lebih masa untuk bersenam, bersukan dan sebagainya.

Paling penting, anda perlulah mengenali pasangan anda untuk mengetahui apakah jenis barangan yang boleh anda berikan kepada mereka sekiranya ada ‘hari istimewa’ bersama, sebagai contoh Ulang Tahun (anniversary).


Alamak, Nak ‘Pamper’ Insan Tersayang Tapi Tengah Bulan Pula! Macam Mana?

Fret not!

Teknologi dah semakin canggih. Korang tak perlu lagi berbelanja secara ‘lumpsum’ untuk menghadiahkan sesuatu buat insan tersayang. Sebaliknya gunakan kaedah Buy Now Pay Later (BNPL) iaitu beli dulu, bayar kemudian. (Read: Bayar kemudian ya, bukan tak bayar langsung).

Kami akan menceritakan pengalaman kami menggunakan ciri PayLater by Grab ini.

Sebelum kami menerangkan lebih mendalam tentang ciri baharu PayLater by Grab, kami akan kongsikan betapa mudahnya menggunakan ciri ini. Sebagai contoh; manjakan yang tersayang dengan membelikan barangan kesukaan mereka dan ‘pamper’ mereka sebagai tanda korang menghargai pasangan.


Guna Ciri PayLater Oleh Grab Untuk Shopping Di Isetan

Bagi merasmikan penggunaan ciri PayLater oleh Grab ini buat kali pertama, kami memilih butik Nike di Isetan untuk mendapatkan kasut ‘running’ terbaik dan paling selesa untuk dihadiahkan buat seseorang sebagai tanda penghargaan.

Dan paling penting sekali untuk dititikberatkan adalah; cari benda yang pasangan korang sukai.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni
Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni
Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Setibanya di kaunter, proses pembayaran hanya memakan masa kurang 10 minit di mana (seperti biasa) kesemua barangan korang akan diimbas (scan) terlebih dahulu dan korang perlu memberitahu pekerja di kaunter yang korang nak bayar menggunakan ciri PayLater ini.

Setelah itu, korang akan diminta untuk mengimbas kod QR pada aplikasi Grab dan memilih di antara dua (2) cara pembayaran iaitu sama ada; Bayar 4 Kali Ansuran ataupun Bayar Pada Bulan Depan.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni
Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Nota: Kami memilih untuk membayar ansuran pada bulan hadapan menerusi PayLater oleh Grab.


‘Pamper’ Pasangan Dengan Ciri PayLater Oleh Grab Di Kedai Gunting Rambut, A Cut Above

Bukan sahaja korang boleh hargai yang tersayang dengan membelikan barangan yang mereka sukai, korang juga boleh ‘pamper’ pasangan dengan cara lain. Contohnya, pergi ‘massage’, ‘manicure pedicure’, rawatan wajah, gunting rambut, dan sebagainya.

Barulah mereka dapat rasa dimanja sekali-sekala. Kalau selalu, rabak juga poket.

Pilihan kami kali ini adalah kedai gunting rambut A Cut Above. Dengar cerita mereka ada menawarkan servis daripada peringkat senior stylist dan juga stylist biasa. Yang ini pastinya harga berbeza, tapi servis memang ‘top notch’.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Setelah selesai gunting rambut, tiba masa untuk membuat pembayaran. Part ini paling best sebab di hadapan kaunter kedai gunting rambut ini pun sudah diletakkan sign ‘PayLater by Grab’ maknanya ciri ini boleh digunakan oleh pelanggan ketika membuat pembayaran.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Pekerja di kaunter akan memberikan Kod QR untuk korang imbas menerusi aplikasi Grab masing-masing dan dalam masa dua minit sahaja, korang dah selesai membuat pembayaran.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Salinan resit akan diberikan kepada korang dan pada paparan di aplikasi Grab pula korang akan nampak ‘RM0 payment has been made’, bermakna pembayaran hanya akan ditolak menerusi akaun GrabPay korang pada bulan hadapan.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Nota: Kami memilih untuk membayar ansuran pada bulan hadapan menerusi PayLater oleh Grab.

Mudahkan? Nak jaga ‘cash-flow’ boleh, nak jaga hati pasangan pun boleh. #BestOfBothWorlds.


‘Pamper’ Sudah. Next; Makan Malam Di Saba, Restaurant

Bila dah penat ‘shopping’ sana-sini, kami ingin berhenti dan berehat untuk menikmati hidangan Timur Tengah di Saba Restaurant pula. Ha, nak makan pun boleh thank you thank you menggunakan ciri PayLater oleh Grab ini juga ya. Tapi terpulanglah, kalau rasa-rasa makan tak terlalu banyak, boleh sahaja kalau korang memilih untuk bayar terus.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni
Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Untuk pengetahuan korang, ciri PayLater oleh Grab ini juga terdapat di beberapa buah restoran dan sebelum itu korang kena semak dahulu di sini.


Nak Beli Online & ‘Surprise’ Yang Tersayang Dengan Barangan Kesukaan Mereka Pun Boleh

Untuk korang yang mungkin suka ‘shopping’ barangan secara atas talian (online) sebab malas nak pergi kedai, jangan risau sebab akan ada pilihan PayLater untuk pembelian secara atas talian juga. Paling best, ada juga kedai yang menawarkan servis ‘same-day pick up/delivery’.

Sebagai contoh, dUCk (pilihan gadis-gadis di luar sana).

Untuk pembelian di kedai dUCk ini, kami memilih untuk membuat pembayaran secara ansuran (instalment) sebanyak empat (4) bulan dengan 0% faedah dikenakan.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni
Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

Mudah dan menjimatkan masa. Cara paling efektif untuk mengukir senyuman buat insan tersayang.


Kenapa PayLater Dari Grab Adalah Mod Pembayaran Paling ‘Win’ Di Abad Ini?

PayLater oleh Grab ini sebenarnya amatlah membantu jikalau korang adalah sejenis yang tak suka ‘overspend’ dan sentiasa ingin memastikan ‘cash-flow’ cantik setiap bulan.

Ini kerana PayLater menawarkan dua (2) pilihan pembayaran iaitu:

  • Bayar 4 kali secara ansuran bulanan.
  • Bayar pada bulan seterusnya.

Pemilihan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama empat (4) bulan dan juga bulan seterusnya ini juga sememangnya sangat bagus sebab korang tak akan dikenakan apa-apa caj tambahan, wang pendahuluan, mahupun faedah JIKA pembayaran dibuat tepat pada waktunya.

Contohnya, korang menggunakan ciri PayLater oleh Grab ini pada 11 Ogos 2023 dan bayaran seterusnya untuk korang pastikan duit di dalam akaun bank ataupun GrabPay korang adalah pada 11 September, sama juga untuk dua bulan ke hadapan sehinggalah korang habis selesaikan pembayaran. Dan dengan cara ini juga korang boleh ‘track’ perbelanjaan korang pada setiap bulan.

Sumber gambar: BuzzKini/Siti Murni

PayLater Oleh Grab

Beberapa jenama terkenal yang telah menerima PayLater sebagai kaedah pembayaran untuk pembelian di kedai termasuk Ariani, ALL IT Hypermarket, Dyson, Gamer’s Hideout, Gintell, Lancome, Mango, Switch, YSL Beauty dan banyak lagi.

Grab menjelaskan bahawa pembaruan ini diperkenalkan kerana mereka mengakui populariti semakin meningkat bagi perkhidmatan BNPL pada masa kini. Tambahan pula, rakyat Malaysia kini kembali berbelanja secara fizikal. Oleh itu, meluaskan penggunaan PayLater untuk pembelian di kedai (in-store) juga adalah langkah yang sesuai.

Individu Yang Layak Untuk Menggunakan Ciri PayLater

Walau bagaimanapun, di bawah merupakan syarat-syarat yang diperlukan oleh setiap individu bagi melayakkan diri untuk menggunakan ciri PayLater by Grab ini:

  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Ahli GrabRewards (Platinum, Gold & Silver).
  • Akaun anda telah disahkan sepenuhnya.
  • Pengguna Grab yang aktif dengan pembayaran tanpa wang (cashless).
  • Aplikasi Grab anda telah dikemaskini ke versi terkini.

Bagaimana Cara Untuk Aktifkan PayLater by Grab? Senang Je! 🙂

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Klik ‘Finance’
  3. Klik ‘PayLater’
  4. Klik ‘Active Now’

Oh! Mesti ada yang tertanya-tanya tentang GrabRewards kan? Kalau korang menggunakan ciri PayLater ini, korang boleh mendapatkan sehingga 1.5* mata Ganjaran Grab untuk setiap RM1 yang digunakan bagi setiap urus niaga menggunakan PayLater (sama ada instalment dan postpaid), bergantung kepada tier keahlian GrabRewards anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tier keahlian Grab, boleh KLIK SINI.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedai yang menawarkan ciri PayLater in-store, boleh KLIK SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.