fbpx
Now Reading
Proses Pencarian Didakwa Lebih Mudah, Anak Muda Kini Jadikan TikTok Sebagai Platform Cari Jodoh

Proses Pencarian Didakwa Lebih Mudah, Anak Muda Kini Jadikan TikTok Sebagai Platform Cari Jodoh

Pencari jodoh berpeluang untuk bersiaran langsung bersama penganjur dan menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada diri mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman dahulu, ibu bapa berkuasa membuat keputusan sepenuhnya dalam mencari pasangan yang dirasakan terbaik dan sesuai dengan anak mereka.

Seiring dengan peredaran zaman, mencari pasangan kini tidak lagi diletakkan pada bahu orang tua. Kebanyakan dari kita akan mencari atau bertemu pasangan semasa belajar ataupun di tempat kerja.

Namun, dengan kelebihan teknologi pada masa kini, ada juga segelintir individu yang memilih untuk mencari jodoh menggunakan platform media sosial seperti Tik Tok.

Pilih Pasangan Hidup Melalui Siaran Langsung Di Tik Tok

Sebelum ini, kebiasaannya, platform cari jodoh sedia ada akan melakukan pencarian secara ‘tertutup’ di mana individu perlu menetapkan kriteria pasangan yang diingini.

Sebelum berkenalan dengan lebih lanjut, penyelaras laman ‘Cupid’ tersebut akan melakukan proses semakan sama ada kriteria itu bersesuaian atau tidak sebelum pencari jodoh dipasangkan dengan individu lain yang mempunyai kriteria tersebut.

Lain pula dengan media sosial TikTok, pencari jodoh berpeluang untuk bersiaran langsung bersama penganjur dan menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada diri mereka.

Pada masa yang sama, penonton yang juga merupakan individu mencari pasangan hidup boleh mendengar dan melihat calon pasangan mereka melalui siaran langsung itu.

Sekiranya bersesuaian, pengguna boleh ‘lock’ atau pilih calon tersebut di ruangan komen sebelum ke peringkat seterusnya seperti perkongsian nombor telefon dan sebagainya.

Perlu Ada Kriteria Tertentu Sebelum Mencari Jodoh

Namun, menurut Kosmo, terdapat kriteria yang harus dipatuhi bagi pengguna sebelum mencari pasangan hidup di platform berkenaan.

Antara kriteria yang digariskan adalah pengguna perlu mempunyai sekurang-kurangya 1,000 orang pengikut di akaun Tik Tok.

Mudahkan Urusan Mencari Jodoh

Menurut seorang pengguna tiktok yang dikenali sebagai Elias Basir, ia merupakan kaedah yang paling mudah untuk mencari jodoh.

Dia yang merupakan seorang duda berusia 34 tahun itu berpendapat kaedah ini juga dapat mengelakkan penipuan ketika sesi mencari jodoh kerana foto dan video yang dipaparkan adalah asli.

“Dari situ kita dapat tahu wajah serta status pasangan yang kita cari secara tepat,” katanya.

Selain dari Tik Tok, dia juga pernah mencari pasangan melalui laman rasmi cari jodoh yang lain seperti Hi Cupid dan Mafa Cupid.

Malah, dia dikatakan sedang dalam proses mengenali hati budi seorang wanita yang bekerja sebgai jururawat setelah mengenali wanita itu melalui siaran langsung di Tik Tok.

“Kami sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum langkah untuk berjumpa secara berdepan dibuat selepas ini,” katanya lagi.

Elias berharap agar wanita itu merupakan jodoh yang terbaik untuknya setelah kegagalan rumah tangga pada dua tahun lepas.

Dalam pada masa yang sama, pengguna lain yang dikenali sebagai Sasha menganggap pencarian jodoh di Tik Tok memerlukan kesabaran yang tinggi.

Dia yang gagal percintaan bersama rakan sekolahnya kini menjadikan platform media sosial itu sebagai salah satu cara untuk mencari jodoh.

Namun, sehingga kini, tiada individu yang menampilkan diri untuk berkenalan dengannya.

“Cari jodoh di TikTok perlukan kesabaran. Sebelum ini, saya sudah beberapa kali menawarkan diri untuk mencari pasangan di aplikasi ini, tetapi sehingga kini belum ada yang berkenan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia hanya memerlukan lelaki yang jujur dan berani untuk meluahkan perasaan serta bertanggungjawab sebagai pasangan hidupnya.

Ada Juga Yang Post Video Cari Jodoh

Semakan kami di laman Tik Tok turut menemui beberapa video mencari jodoh yang dikongsikan oleh netizen.

Meskipun ia berbeza dan tidak lakukan secara langsung, teknik ini juga turut mendapat perhatian kerana ada di antara video-video tersebut yang mencecah ratusan ribu tontonan.

@hainaezzatie_nh

Sapa single tlg la komen .. sya nak cari jodoh dekat kawan sya.. sya dan kawan2 yang lain dah letih jaga dia.. sebab dia selalu sendu sorang2.. @K #cikgueisya #fyp #fypシ #eduaccount #eselike #foryoupage #fypp #cikguanakawak

♬ original sound – CIKGU EISYA ❤️ – CIKGU EISYA ❤️

Walaupun pencarian jodoh kini menjadi semakin mudah, individu dinasihatkan untuk mengenali pasangan sebaiknya dan jika perlu, buat semakan berkaitan latar belakang sebelum ke peringkat yang lebih serius.

Ini penting agar rumah tangga yang bakal dibina kekal harmoni dan bertahan sehingga akhir hayat.

Baca Artikel Berkaitan: Iklan Cari Jodoh Berhasil! Pemuda Ini Sudah Bertemu Calon Isteri

Baca Artikel Berkaitan: Kini Anda Boleh Cari Jodoh di Facebook Dating!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.