‘Semoga Adik Tabah’ – Sesi TikTok Live Remaja Hilang Enam Ahli Keluarga Tarik Ribuan Penonton [Video]
Abdur Rahmad sekali lagi membuatkan ramai pihak kagum dengan ketabahan yang dihadapi apabila membuat siaran langsung buat pertama kali di akaun TikTok miliknya, @rahmanlah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kemalangan ngeri yang menyebabkan enam sekeluarga maut dalam insiden tersebut.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan pada 1 September 2023 yang lalu berpunca dari sebuah lori yang hilang kawalan.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah status anak sulung keluarga itu Abdur Rahmad Amir Ruddin yang sekelip mata bertukar menjadi anak yatim piatu.
Malah, yang lebih menyedihkan adalah dia dilihat kelihatan kuat serta mampu mengimamkan solat jenazah buat keenam-enam ahli keluarganya.
Pertama Kali Buat Siaran Langsung Di Tik Tok
Abdur Rahmad sekali lagi membuatkan ramai pihak kagum dengan ketabahan yang dihadapi apabila membuat siaran langsung buat pertama kali di akaun TikTok miliknya, @rahmanlah.
Menerusi video rakaman siaran langsung yang dikongsi oleh pengguna TikTok @ismael.ibrahim91, kelihatan remaja lelaki itu tersenyum ketika sesi tersebut berlangsung.
Difahamkan, itu merupakan pertama kali dia membuat sesi tersebut dan telah mendapat lebih 17 ribu tontonan.
Malah, kelihatan penonton turut dilihat memberikan hadiah (gift) kepadanya.
“Budak yang kehilangan keluarga sekelip mata baru-baru ini, wow ramai yang view 17 ribu, ramai yang bagi gift.
“Semoga kau tabah dengan ujian dik dan dimurahkan rezeki. Rakyat Malaysia semua baik-baik belaka,” tulis Ismael di video tersebut.
Dia juga sempat mengucapkan salam takziah dan nasihat buat remaja lelaki berkenaan.
“Takziah dik. Belajar rajin-rajin,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan kekuatan serta ketabahan yang ada dalam diri remaja tersebut.
Ada juga segelintir daripada mereka yang menggalakkan Abdur Rahman untuk kerap membuat sesi siaran langsung sekiranya itu dapat mengubat hatinya.
Namun, ada juga yang turut memuji rakyat Malaysia sanggup bermurah hati kerana menghadiahkan remaja lelaki berkenaan ketika sesi siaran langsung itu.
Macam Mana Dia Boleh Senyum Macam Tu, Allah Kuatnya Dia
Mata Dia Nampak Sembab, Kesian Sangat
Live Je Dik, Hari-Hari Tak Pe, Rakyat Malaysia Ramai Sayang Awak
Dia Hilang Ahli Keluarga Tapi Dia Dapat Kasih Sayang Rakyat Malaysia
Semoga Yang Memberi Dimurahkan Rezeki, Sedekah Pada Anak Yatim Besar Pahala
Baca Artikel Berkaitan: