fbpx
Now Reading
“Nangis Sebab Nampak Ibu” – Adik Remaja Hilang 6 Sekeluarga Hiba Lepas Abang Tunjuk Gambar [Video]

“Nangis Sebab Nampak Ibu” – Adik Remaja Hilang 6 Sekeluarga Hiba Lepas Abang Tunjuk Gambar [Video]

Terdahulu, Abdur Rahman dan Abdullah kehilangan enam orang ahli keluarga yang lain selepas mereka terlibat dengan kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan pada 1 September 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat dengan kemalangan ngeri membabitkan enam sekeluarga maut di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan pada 1 September yang lalu?

Insiden yang dikatakan berpunca daripada lori hilang kawalan telah menyebabkan anak sulung keluarga berkenaan Abdur Rahman Amir Ruddin, sekelip mata bertukar status menjadi yatim piatu.

Hanya adiknya Abdullah Amir Ruddin yang berusia 15 tahun terselamat daripada kejadian tersebut dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada tangan dan kepala kembali pulih selepas menerima rawatan selama 20 hari di hospital berkenaan.

Abdullah Nangis Lepas Tengok Gambar Ibu

Walaupun dia dilihat semakin pulih selepas menerima rawatan, namun remaja berkenaan seolah-olah tidak memahami insiden yang berlaku kepada dia dan keluarganya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu saudara Abdulah, Nor Hila Noor Muhammad di akaun Tik Tok, remaja lelaki itu dilihat menangis selepas abangnya menunjukkan gambar jenazah ibu mereka.

Pada mulanya, Abdur Rahman memberi pilihan kepada Abdullah untuk memilih gambar siapa yang mahu dilihat terlebih dahulu dan remaja berkenaan memilih untuk melihat gambar ibunya.

Abdur Rahman kemudiannya menghulurkan telefon bimbit yang mengandungi gambar jenazah ibu mereka kepada adik kesayangannya itu.

“Jenazah la, nampak mata ibu, lawa,” jawab Abdullah sambil menundukkan muka sambil tersenyum.

Namun, segalanya bertukar menjadi hiba apabila Abdullah mula menangis selepas tersenyum melihat jenazah ibunya. Malah, Abdur Rahman juga turut menangis selepas melihat adiknya mengalirkan airmata.

Tidak hanya Abdur Rahman, kedengaran ibu saudaranya turut menangis apabila melihat kedua-dua anak buahnya itu berada dalam keadaan sedih.

Menerusi video itu juga, Abdullah kemudiannya membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ibunya.

Video yang telah mendapat tontonan lebih 2.5 juta itu nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata turut bersedih dan simpati dengan nasib yang menimpa Abdur Rahman dan Abdullah.

@rahilanoor85

❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis

♬ Ya Nabi Salam Alaika – Ai

Bapa Saudara Lega Rahsia Sudah Terlerai

Dalam pada itu, bapa saudara kedua-dua remaja berkenaan Mohd Hairul Noor Muhammad, menarik nafas lega apabila rahsia yang disimpan selama ini daripada Abdullah sudah terlerai.

“Terlerai sudah segala rahsia yang kami simpan selama ini selepas dia (Abdullah) tahu ibu, abi dan adik beradik lain sudah tiada,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Hairul, sebelum ini dia banyak memberi kiasan kepada Abdullah berhubung kehilangan ahli keluarga remaja itu namun, Abdullah dilihat tidak memahami apa yang cuba disampaikan.

“Selama ini, saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar.

“Setiap malam sebelum tidur, saya cuba bagaimana nak cerita perkara sebenar.

“Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya (Norliah Md Noh) dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.

“Sekarang hati saya sudah lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia tahu sendiri.

“Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah belum mengerti apa sebenarnya berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, Abdullah mengalami kecederaan parah di tangan dan kepala selepas terlibat dalam kemalangan bersama ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan pada 1 September 2023.

Kemalangan ngeri itu telah mengorbankan enam orang ahli keluarganya iaitu bapa, Amir Ruddin Ismail, ibu mereka yang dikenali sebagai Noorahimah Noor Muhammad serta empat adik beradiknya yang lain iaitu Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi.

Difahamkan, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak, Johor bagi menghantar ibu mereka serta adik-adik mereka yang lain dan hanya Abdur Rahman yang tidak mengikut keluarganya pada ketika itu.

Berikut merupakan komen warganet:

Ya Allah, Kuatnya Rahman Simpan Gambar Jenazah Ibu

Takpe Dollah, Wajar Untuk Menangis, Menangis La Banyak Mana Pun

Tentu Dia Dah Rindu Sangat Tu, Kita Pula Yang Menangis

Sedihnya, Air Mata Akak Keluar Dik, Semoga Cepat Sembuh

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Hilang Enam Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Di Segamat Ditaja Pakej Umrah Percuma

Baca Artikel Berkaitan: ‘Semoga Adik Tabah’ – Sesi TikTok Live Remaja Hilang Enam Ahli Keluarga Tarik Ribuan Penonton [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.