fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Kanak-Kanak Belajar Bahasa Tamil Sendiri Guna Aplikasi [Video]

Ramai Teruja Kanak-Kanak Belajar Bahasa Tamil Sendiri Guna Aplikasi [Video]

Menurut Kirana, dalam masa lebih kurang dua minggu anaknya itu sudah boleh mengenali dan menyebut huruf dalam Bahasa Tamil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mempelajari pelbagai bahasa merupakan sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi apabila sesebuah bahasa itu dapat dikusai dengan baik.

Ini kerana apabila kita dapat mengusai sesebuah bahasa ia dapat memberikan pelbagai faedah seperti dalam pekerjaan, urusan jual beli atau melawat ke sesebuah negara kerana dapat berkomunikasi dengan baik.

Kanak-kanak minat belajar Bahasa Tamil

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi mengenai anak lelakinya yang berminat untuk belajar Bahasa Tamil.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Karina Imran di TikTok, awalnya dia memaklumkan anak lelakinya, Eusoff itu suka mempelajari pelbagai bahasa.

Belajar bahasa lain seperti Mandarin dan Bahasa Inggeris

Malah kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar empat ke tujuh tahun itu, turut mempelajari beberapa bahasa antaranya adalah Mandarin dan Bahasa Inggeris.

“Pada 30 Julai lepas dia (kanak-kanak) merayu-rayu dekat kita orang (ibu dan bapa) nak belajar Bahasa Tamil dan awalnya kami tak bagi kerana tiada guru yang boleh mengajar dan nak ajar sendiri pula tak reti,” katanya.

Belajar menerusi video dan aplikasi

Namun kanak-kanak itu tidak berputus asa apabila dia terus merayu sehingga membuatkan kedua ibu bapanya memberikan alternatif lain untuk belajar bahasa tersebut dengan menonton video dan permainan Bahasa Tamil sebuah aplikasi.

“Tup tup hari ni 8 Ogos dia tulis Bahasa Tamil dan tunjuk dekat saya, siap boleh baca ya (huruf Tamil).

“Perjalanan belajar bahasa tersebut dalam dua minggu tapi tak tengok hari-hari pun, tak tahu macam mana otak dia boleh belajar dengan cepat,” ujarnya lagi.

Boleh sebut huruf dalam masa dua minggu belajar sendiri

Karina dalam masa sama turut menunjukkan cara kanak-kanak itu menyebut setiap huruf tersebut dan permainan yang dimain oleh anaknya menerusi aplikasi untuk meneka bunyi huruf bahasa berkenaan.

Karina bagaimanapun turut menjelaskan dia tidak tahu sama ada setiap sebutan huruf anaknya itu adalah betul atau pun tidak memandangkan kanak-kanak itu tidak mempunyai guru khas untuk mengajar bahasa tersebut.

@karinaimraneusoff

Nak sangat belajar bahasa tamil 😆 padahal bahasa mandarin dia tak power lagi. Masalahnya bahasa melayu & english pun tak fasih lagi hahaha sis pening.

♬ original sound – Karina Imran

“Nak sangat belajar Bahasa Tamil, padahal Bahasa Mandarin dia tak power lagi. Bahasa Melayu dan English pun belum fasih lagi, sis pening,” tulis ibunya berseloroh.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik Kirana turut berkongsi aplikasi permainan berbayar yang digunakan oleh Eusoff untuk mempelajar Bahasa Tamil.

@karinaimraneusoff Replying to @BK TAC TO SHOP ♬ original sound – Karina Imran

Ramai teruja lihat kanak-kanak belajar Bahasa Tamil sendiri

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat kepintaran kanak-kanak berkenaan dan memberi kata semangat untuk dia terus berusaha mempelajari sesuatu bahasa yang baharu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Bahasa Tamil bukanlah mudah untuk dipelajari namun kanak-kanak itu berjaya melakukannya dalam masa yang sangat sekejap.

“Saya terkejut, tolong galakkan dia, dia sangat istimewa”

“Kak saya rasa sangat terharu apabila menonton video ini”

“Saya doakan anak puan membesar cemerlang jadi anak yang membanggakan ibu bapanya. Best tengok!

“Otak kanak-kanak seperti span, ia boleh memahami pelbagai bahasa sejak dari bayi. Sebagai seorang guru saya mempunyai pengalaman yang sebegini..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.