fbpx
Now Reading
“Saya Tak Layak” – Zizi Kirana Akui Segan Dipuji Tetap Jaga Aurat Ketika Bercuti

“Saya Tak Layak” – Zizi Kirana Akui Segan Dipuji Tetap Jaga Aurat Ketika Bercuti

Tidak setakat menjaga hijabnya, malah Zizi langsung tidak menanggalkan stoking kakinya ketika berada di dalam air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pasti tahu yang penyanyi Zizi Kirana sudah pun melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon Yusuf Bahrin pada 19 September lalu.

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini difahamkan sedang menikmati percutian pra-bulan madu mereka di Sabah.

Menerusi instagram, Zizi dan Yusuf dilihat telah berkongsi kepada orang ramai video momen romantis mereka sewaktu percutian tersebut.

Namun apa yang mencuri tumpuan orang ialah Zizi yang dilihat kekal menjaga auratnya dan tampil sopan walaupun sedang melakukan pelbagai aktiviti di pantai.

Bahkan dia dilihat tidak menanggalkan stoking kakinya ketika berjalan di pantai bahkan ketika berada di dalam air.

Rata-rata peminat dan orang ramai dilihat gembira dengan penghijrahan penyanyi rap tersebut.

Berasa segan dengan pujian

Namun pujian demi pujian membuatkan Zizi berasa ‘sedikit segan’ kerana dia beranggapan dia tidak layak untuk semua itu.

Namun dia meluahkan rasa terharu kerana banyak menerima titipan doa yang baik-baik dari prang ramai.

Menerusi laporan Kosmo, Zizi menjelaskan dia masih lagi sedang bertatih untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari ke hari.

“Saya rasa macam tak layak terima pujian daripada orang ramai. Tetapi, saya sangat menghargai doa-doa yang dipanjatkan mereka. Doa saya juga buat semua yang sedang dalam usaha menjadi muslim yang lebih baik.

“Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi. Saya sebenarnya segan orang puji hanya kerana pakai stokin, berpakaian labuh pergi pantai. Pada masa sama, saya juga berasa sangat terharu ramai mendoakan kesejahteraan saya.

Ada minta tips

Tambah Zizi lagi, selepas video berkenaan menjadi tular, ada juga di kalangan peminat yang menghubungi meminta tips daripadanya untuk kekal istiqamah.

“Sejujurnya, ramai yang hantar Direct Message (DM), komen minta tips bagaimana nak istiqamah.

“Saya pun tak tahu nak respons macam mana. Apa yang saya boleh katakan, kita belajar sama-sama. Tak kisahlah perlahan-lahan atau lambat, yang penting kita terus berusaha nak jadi muslim yang lebih baik dari semalam,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.