fbpx

Lesen Perniagaan Syarikat Pembekal Stoking Kalimah Allah Dibatalkan & Operasi Ditutup

Menurut pihak MPBP, syarikat pembekal stoking tertera kalimah Allah itu telah melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual kedai serbaneka, KK Super Mart di cawangan Bandar Sunway telah menjadi perhatian ramai.

Ini kerana, penjualan tersebut secara tidak langsung telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Malah Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) juga telah memberi amaran keras terhadap KK Super Mart berhubung perkara itu agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

Bukan hanya itu kilang pembekal stoking itu turut diserbu oleh pihak berkuasa dan menemukan sebanyak lima pasang stoking tertera kalimah Allah.

Baca artikel berkaitan: Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: JAKIM Bagi Amaran Keras Pada KK Mart

Lesen perniagaan dibatalkan dan tutup operasi kerana langgar syarat

Terbaharu, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah bertindak menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan serta menutup operasi perniagaan kepada syarikat pembekal stoking berkenaan iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Jelas MPBP notis itu diserahkan kepada syarikat terbabit ekoran pihak berkenaan telah melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan pihaknya iaitu stor dan pengedar kasut.

“Sesi penyerahan notis ini telah disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin bersama ketua Whip, Timbalan dan ahli Majlis MPBP

“Tindakan yang diambil oleh pihak MPBP ini adalah selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan undang-undang kecil 49 (2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Batu Pahat) 2016,” ujarnya.

Sesi penyerahan notis itu turut dihadiri oleh wakil syarikat pembekal iaitu Pengarah Urusan, Soh Hui San.

Terdahulu Berita Harian melaporkan kilang terbabit turut menampal notis penutupan operasi di pintu masuk utama kilang yang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading . Namun pada notis tersebut tiada memaklumkan bilakah tarikh penyambungan semula operasi kilang terbabit.

Malah pada kain rentang yang ditampal oleh syarikat berkenaan turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung isu stoking tertera kalimah Allah itu.

“Kami berjanji atas komitmen kami untuk sentiasa memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, memastikan keharmonian terpelihara, meningkatkan usaha kawalan kualiti,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.