fbpx
Now Reading
Isu Video Pelekat Tapak Kaki Dengan Kalimah Allah Ditularkan Semula, Ini Penjelasan MR DIY

Isu Video Pelekat Tapak Kaki Dengan Kalimah Allah Ditularkan Semula, Ini Penjelasan MR DIY

“Atas nasihat mereka (KDN dan JAIS), produk tersebut (pelekat tapak kaki) telah diserahkan kepada KDN untuk dilupuskan secara mulia dan tertib.” – MR DIY.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum reda mengenai isu stoking kalimah Allah SWT, kini tular pula video yang menunjukkan aksesori kereta iaitu pelekat tapak kaki yang tertera kalimah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang dijual di sebuah cawangan kedai serbaneka MR DIY.

Bagaimanapun, video tersebut merupakan isu lama pada 2019 yang dibangkitkan semula oleh seorang pengguna TikTok @murshidafasha.

Penularan video tersebut, mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya mereka yang tidak mengetahui kewujudan isu itu pada lima tahun yang lalu.

MR DIY sahkan isu lama ditularkan semula

Peka dengan isu tersebut, MR DIY menerusi satu kenyataan semalam (18 Mac) yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya telah memberi penjelasan lanjut.

“Kami merujuk kepada video yang pertama kali disiarkan pada Februari 2019 yang sedang tular semula di media sosial kini, mengenai produk yang dijual di MR DIY.,” katanya.

Menurut MR DIY, pihaknya telah menarik semula produk berkenaan dengan segera daripada semua cawangan mereka selepas video berkenaan tular.

MR DIY runding dengan KDN dan JAIS untuk hapus produk secara mulia, tertib

Jelas syarikat itu lagi, mereka turut melakukan rundingan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan dengan panduan pengurusan baki produk tersebut yang masih ada.

“Atas nasihat mereka (KDN dan JAIS), produk tersebut telah diserahkan kepada KDN untuk dilupuskan secara mulia dan tertib,” katanya lagi.

Pada masa sama, MR. D.I.Y turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin membawa perkara tersebut ke perhatian pihaknya.

MR DIY beri jaminan produk tidak dijual di mana-mana cawangan sejak Februari 2019

Selain itu, syarikat terbabit juga memberi jaminan bahawa produk berkenaan tidak dijual di mana-mana cawangan MR DIY sejak Februari 2019 lalu.

“Kami komited untuk menjadi peruncit kepada semya rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tular KK Mart jual stoking tertera kalimah Allah

Terdahulu, kecoh di Malaysia apabila sebuah cawangan kedai serbaneka, KK Super Mart didapati menjual stoking tertera kalimah Allah SWT selepas ia mula ditularkan oleh pendakwah bebas, Firdaus Wang Wai Hung sekali gus menaikan kemarahan umat Islam.

Baca Artikel Berkaitan: “Mu Siapa Nak Jadi Wakil Maafkan Dia?” – Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Patut Dihukum, Kata UAI [Video]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak memandang remeh perkara tersebut kerana ia merupakan satu penghinaan.

Selain itu, semalam (18 Mac), pihak KDN juga dilaporkan akan menyiasat isu tersebut meskipun KK Super Mart dan pihak vendor iaitu in Jian Chang Sdn Bhd telah membuat permohonan maaf.

Meskipun kita sebagai umat Islam diwajibkan mempertahankan agama khususnya kalimah suci Allah SWT, namun menularkan semula isu lama yang sudah diselesaikan demi meraih populariti diri atau mengapi-apikan kedaan bukanlah sesuatu perbuatan yang baik.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.