fbpx
Now Reading
Pasport Malaysia Kini Ke-12 Paling Berkuasa Di Dunia

Pasport Malaysia Kini Ke-12 Paling Berkuasa Di Dunia

Pada tahun 2003, Malaysia menduduki tangga ke-14 paling berkuasa didunia dengan skor sebanyak 179 yang mempunyai akses ‘bebas visa’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali ingin keluar negara untuk bercuti atau urusan kerja sudah tentunya kita memerlukan pasport sebagai penganti dokumen pengenalan diri untuk memasuki sesebuah negara.

Dengan adanya pasport ia turut memudahkan perjalanan seseorang untuk keluar negara untuk membuat permohonan visa dan sebagainya.

Malaysia di tangga ke 12 pasport paling berkuasa di dunia

Terbaharu, pasport Malaysia tersenari sebagai pasport ke-12 paling berkuasa di dunia.

Meskipun jatuh satu anak tangga berbanding pada pertengahan tahun lalu namun markah yang dicatatkan adalah lebih baik.

Memetik laporan Free Malaysia Today, kedudukan Indeks Pasport Henley 2024 telah meletakkan pasport negara ini berada di tempat ke-12 bersama dengan dua lagi negara iaitu Cyprus dan Liechtenstein dengan ‘skor bebas visa’ sebanyak 182.

Skor dinilai berdasarkan jumlah destinasi yang boleh dimasuki tanpa perlukan visa

Skor tersebut dinilai berdasarkan jumlah destinasi yang boleh dimasuki oleh pemegang pasport dari sesebuah negara tanpa perlu menggunakan visa. Ini secara tidak langsung menunjukkan pasport Malaysia mempunyai akses bebas visa ke 182 negara daripada 227 destinasi pelancongan di seluruh dunia.

Sebelum ini pada awal tahun 2023, Malaysia telah menduduki negara ke-14 paling berkuasa di dunia dengan skor sebanyak 179. Namun pada enam bulan seterusnya ia meningkat ke tangga 11 dengan skor 180.

Singapura dan Perancis di tempat pertama

Selain Malaysia terdapat sekitar 35 negara lain yang turut berada di kedudukan yang tinggi antaranya negara jiran Singapura yang terus menduduki tempat pertama bersama Perancis, Jerman, Itali, Jepun serta Sepanyol.

Selain Singapura, Korea Selatan dan United Arah Emirates (UAE) antara negara Asia lain yang menduduki kedudukan lebih tinggi berbanding Malaysia, iaitu di tangga ke-2 dan ke-11.

Indeks berkenaan telah menyenaraikan sebanyak 199 pasport dunia berdasarkan data ekslusif daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia menerusi semakan kepada setiap 227 destinasi pelancongan di dunia termasuklah mereka yang tidak mengeluarkan pasport sendiri.

Untuk setiap destinasi perjalanan yang tak memerlukan visa atau boleh mendapatkan penguatkuasa perjalana elektronik (ETA) atau permit pelawat sewaktu ketibaan, skor mobiliti pasport meningkat sebanyak satu.

Walau bagaimanapun, destinasi yang memerlukan visa atau kelulusan daripada kerajaan untuk visa ketika ketibaan tidak boleh dianggap sebagai ‘bebas visa’ malah ia tidak menyumbang kepada skor berkenaan.

Kedudukan ranking pasport Malaysia dari 2006 hingga 2024:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.