fbpx
Now Reading
Lebih 100 Cleaner Sekolah-Sekolah Di Sabak Bernam Dakwa Tak Dibayar Gaji Lebih 3 Bulan

Lebih 100 Cleaner Sekolah-Sekolah Di Sabak Bernam Dakwa Tak Dibayar Gaji Lebih 3 Bulan

Ramai dari mereka turut dilihat membawa plakad menuntut gaji mereka yang tertunggak dan mahu kementerian menyenarai hitam kontraktor terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita sering mendengar pepatah bahawa duit bukan segala-galanya. Ini kerana wang dikatakan tidak mampu membeli kebahagian.

Namun, duit begitu penting demi kelangsungan hidup. Bagaimana mahu hidup dengan ketiadaan wang kerana anda pastinya terpaksa menanggung bebanan hutang selain tidak cukup serba serbi dalam menguruskan perbelanjaan harian keluarga.

Itu yang dialami lebih 100 cleaner atau pekerja pembersihan yang bertugas di 19 sekolah di sekitar daerah Sabak Bernam apabila mereka tidak menerima gaji lebih dari 3 bulan.

Difahamkan kesemua mereka ini bekerja di bawah majikan-majikan yang mendapat kontrak daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melakukan kerja pembersihan di beberapa buah sekolah di daerah tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, mereka yang sudah mula berdepan tunggakan gaji sejak November lalu sudah cuba memohon bantuan banyak pihak malah turut menghantar surat kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, namun tiada jawapan diterima.

Mungkin buntu dengan masalah tersebut, ratusan pekerja ini kemudiannya bertidak menyertai satu perhimpunan aman di sebuah kawasan lapang berhampiran PPD Sabak Bernam pada pagi Jumaat, 19 Februari.

Ramai dari mereka turut dilihat membawa plakad menuntut gaji mereka yang tertunggak dan mahu kementerian menyenarai hitam kontraktor terlibat.

Seorang pekerja yang enggan dikenali mendakwa, ketiadaan gaji memaksa dia untuk bekerja sambilan di sebuah bengkel mengecat kereta pada waktu malam. Malah menjadi semakin rumit apabila isterinya disahkan menghidap kanser darah putih.

Sehubungan itu dia yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan berharap agar gajinya dapat dibayar dengan kadar segera.

“Saya terpaksa kerja pada waktu malam untuk mendapatkan wang. Lebih sukar apabila isteri disahkan menghidap kanser darah putih.

“Kos rawatan dan perjalanan ke Hospital Ampang sahaja sudah menelan belanja RM 1,000 sebulan. Itu tidak termasuk perbelanjaan lain,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Foto sewaktu perhimpunan tersebut turut dikongsikan laman Facebook rasmi Parti Sosialis Malaysia.

Difahamkan wakil mereka turut berada di sana untuk membantu pekerja-pekerja pembersihan terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.