fbpx
Now Reading
Lelaki Terpaksa Panjat Bumbung Selamatkan Diri Selepas Kereta Ditenggelami Air [Video]

Lelaki Terpaksa Panjat Bumbung Selamatkan Diri Selepas Kereta Ditenggelami Air [Video]

Ratusan dan puluhan kenderaan kini terkandas di beberapa kawasan di Klang Valley.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur kini dilaporkan ditenggelami air akibat hujan lebat yang tidak henti sejak petang tadi (7 Mac).

Banjir ini difahamkan telah menyebabkan ratusan kenderaan tersangkut manakala puluhan kenderaan lain tenggelam seperti dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Kosmo, kejadian ini dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, kira-kira jam 3.37 petang.

Dalam video itu, kelihatan seorang pemandu sebuah kenderaan berwarna putih sedang cuba menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas separuh dari keretanya hampir ditengelami air.

Selain itu, puluhan kenderaan juga terkandas dan tidak dapat melalui jalan berkenaan akibat sudah ditenggelami air.

Menerusi perkembangan berbeza, pengurusan Terowong Smart Kuala Lumpur (Smart Tunnel) turut mengumumkan penutupan sepenuhnya operasi mereka bagi hari ini sebagai persediaan operasi banjir.

Buat anda yang berada di ibu kota, semak kawasan yang sedang ditengelami air setakat jam 5 petang tadi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.