fbpx
Now Reading
Netizen Terhibur Lihat Adik Ini Menangis Tak Nak Balik, Nak Duduk Di Sekolah [Video]

Netizen Terhibur Lihat Adik Ini Menangis Tak Nak Balik, Nak Duduk Di Sekolah [Video]

Serius seronok tengok adik ni suka pergi sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan bagi tahun 2022 di kebanyakan negeri telah bermula sejak Isnin (21 Mac) yang lalu bagi semua peringkat termasuklah pelajar tadika.

Apa yang menyeronokkan ialah melihat pelbagai gelagat anak kecil khususnya yang baru pertama kali bersekolah di mana ada yang dilihat teruja dan ada juga segelintir yang menangis kerana tidak biasa atau enggan berjauahan dari ibu bapa.

Tetapi keadaan dilihat sedikit berbeza buat seorang murid tadika yang menangis kerana tidak mahu pulang ke rumah walhal sesi persekolahannya sudah tamat.

Menangis tak nak balik rumah

Video tersebut telah dikongsikan di TikTok oleh @kiwaktollah yang menunjukkan seorang pelajar perempuan yang bernama Aurora telah menangis dan merajuk apabila diajak pulang oleh bapanya.

Menerusi video, kelihatan Aurora cuba untuk keluar dari kereta dipercayai untuk masuk ke semula ke sekolahnya namun diminta untuk kembali duduk di dalam kenderaan tersebut.

Apa yang lebih melucukan apabila melihat aksinya yang berpeluk tubuh dan merajuk kerana tidak puas bermain di taman permainan bersama dengan kawan-kawannya.

“Sanggup tak jumpa mak,adik, dia tak rindu ke?

“Biasanya orang pergi sekolah je menangis. Ini balik sekolah menangis kerana tak nak balik.

“Ini lah budaknya, dia tak nak jumpa mommy, tak nak jumpa adik dia. Dia tak rindu ke?,” kata bapanya itu.

Mendengar kata-kata bapanya itu, jelas menampakkan bapanya itu pelik dengan telatah anaknya itu, kerana kebiasaanya pelajar pasti menangis kerana mahu mengikut ibu bapa mereka pulang.

‘Adik sedara saya pon macam tu, dia nak duduk sekolah’

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan keletah comel Aurora yang tidak mahu pulang ke rumah dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka yang mempunyai kisah yang sama.

‘Mesti ada taman permainan best dekat sekolah’

‘Lain macam adik ni’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.