fbpx
Now Reading
Ditangkap Kerana Dadah, Pengantin Terpaksa Berkahwin Di Lobi Balai Polis [Video]

Ditangkap Kerana Dadah, Pengantin Terpaksa Berkahwin Di Lobi Balai Polis [Video]

Difahamkan pengantin lelaki terus dibawa semula ke penjara selepas upacara itu selesai manakala pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin kedengaran tidak logik, tapi itulah yang terjadi kepada pasangan pengantin di Indonesia apabila mereka melangsungkan perkahwinan di sebuah balai polis di Pulau Bali selepas pengantin lelaki diberkas atas jenayah berkaitan dadah.

Menerusi laporan Coconuts, majlis akad nikah dan persandingan pasangan ini diadakan di Balai Polis Denpasar, Bali sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan beberapa anggota polis.

Menurut Ketua Polis Denpasar Bambang Yugo Pamungkas, pihaknya terpaksa membenarkan upacara perkahwinan itu berlangsung memandangkan majlis sebenarnya telah lama dirancang sebelum pengantin lelaki yang bernama I Wayan Bawa Kartika ditahan pada tahun lalu.

“Pengantin lelaki ditahan kerana kes narkotik. Dia juga telah didakwa oleh pendakwa raya Denpasar.

“Kami membenarkan tahanan melangsungkan perkahwinan kerana ia merupakan haknya. Tahanan dan semua warganegara mempunyai hak untuk berkahwin,” kata Bambang.

Sebelum majlis mereka berlangsung, pengantin perempuan dan ahli keluarga menunggu lelaki berusia 34 tahun itu untuk di bawa keluar dari sel tahan.

Sebaik dia muncul, dia yang dilihat memakai pakaian tradisional Bali bagi melangsungkan perkahwinan segera menghampiri isterinya.

Difahamkan pengantin lelaki terus dibawa semua ke penjara selepas upacara itu selesai manakala pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah keluarganya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.