fbpx
Now Reading
‘Aku Baca Pun Geli’ – Netizen Kecam Pemilik Kereta Tampal Pelekat Berunsur Lucah

‘Aku Baca Pun Geli’ – Netizen Kecam Pemilik Kereta Tampal Pelekat Berunsur Lucah

Pelekat seperti itu tidak sesuai untuk ditampal pada kenderaan malah ia amatlah memalukan jika dibaca oleh kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika berada di jalan raya sering kali kita melihat beberapa kenderaan yang meletakkan pelekat sebagai hiasan di kenderaan mereka.

Ada yang meletakkan pelekat kartun dan ada juga yang meletakkan kata-kata motivasi atau nasihat sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya lain.

Lekatkan pelekat berunsur kata-kata lucah

Baru-baru ini tular di laman Facebook yang dikongsikan oleh Mohd Azrul Akmal Pakchu berkenaan berkenaan tindakan segelintir pemilik kenderaan yang meletakkan pelekat menunjukkan kata-kata berunsur lucah.

Dia yang geram dengan perkara itu meminta agar pemilik kenderaan tersebut untuk mencabut pelekat yang tidak senonoh itu dan menyifatkan perkara itu adalah sesuatu yang memalukan terutama jika dibaca oleh anak-anak kecil.

‘Orang boleh tahu tahap pemikiran kita’

Menurutnya, dia yang turut memiliki lori sendiri pun tidak pernah melakukan perkara seperti itu malah menyifatkan menampal pelekat seperti itu masyarakat boleh membaca tahap pemikiran seseorang itu apabila membacanya.

“Minta tolong cabut stiker-stiker b**** kau ni tak malu ke dah tua pastu nak tunjuk kebodohan sambil bergerak seluruh negeri.

“Boleh tahu taraf kita berfikir macam mana, sudah-sudah lah tu tolonglah cabut dekat lori dengan kereta kau ni,” katanya di dalam Facebook.

‘Saya driver lori, paling menyampah tengok pelekat macam ni’

Perkara ini secara tidak langsung telah mengundang perhatian netizen. Rata-rata mengecam tindakan individu berkenaan dan menyifatkan perbuatan itu sememangnya menggelikan.

‘Aku baca pun geli’

‘Teringat zaman sekolah dulu, bas sekolah letak pelekat macam tajuk lagu tak ada double meaning macam sekarang’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.