fbpx
Now Reading
Janna Nick, Hairul Azreen & Hun Haqeem Beraya Sebagai Hero Mobile Legends

Janna Nick, Hairul Azreen & Hun Haqeem Beraya Sebagai Hero Mobile Legends

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Permainan mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang mengumumkan tiga selebriti iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem sebagai wira terbaru mereka yang bakal bertempur sebagai menghangatkan kempen 515 menjelang Hari Raya ini.

Menurut Moonton Games, pemilihan ketiga-tiga selebriti ini amat penting bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa yang berpangkalan di Shangai itu ingin mengukuhkan pasaran mereka di Asia Tenggara.

“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.

Bersempena denga Hari Raya juga,  penonton boleh menikmati video bertemakan Raya, Hari Raya Tok! yang disajikan oleh MOONTON Games yang sarat dengan mesej bermakna.

Video ini mengisahkan seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan wira MLBB untuk membantu menjadikan raya Tok sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

JANNA NICK sebagai Tang Wanwan

Tang Wanwan kembali hidup apabila Janna Nick berjaya membawakan persembahan cemerlang yang sebagai watak wira MLBB itu menerusi “Tang Wanwan: Quest for the truth” yang mula dilancarkan pada 17 Arpil

Ramai yang kagum dengan personaliti comel Janna Nick dan dia berjaya menghidupkan watak yang menakutkan, hero ini juga berjaya menahan serangan hendap oleh seorang pembunuh upahan yang dihantar oleh Black Dragon yang pernah menjadi kawan baiknya sendiri. Untuk Tang Wanwan mencari kebenaran, dia perlu melangkah ke alam M-World dan memulakan pencariannya disitu.

“Ia sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan sewaktu penggambaran dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung. Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rindui.”

Janna Nick

Selain itu, MOONTON Games juga menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik berkisarkan Ling yang dibintangi oleh Hun Haqeem dan Yin oleh Hairul Azreen tidak lama lagi.

HUN HAQEEM sebagai Ling

Filem solo mini Ling ini iaitu Ling: The Chosen One yang dibintangi Hun sudah pun ditayangkan pada 24 April.

Ling merupakan seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan juga anak murid kepada Dragon Master.

“Ia sememangnya satu cabaran dalam mencuba menangkap ayam-ayam ini semasa penggambaran. Mereka begitu pantas! Kemudian pula, anak-anak kapal berjaya membantu berkongsi beberapa helah tentang cara menangkap ayam”.

Hun Haqeem

HAIRUL AZREEN sebagai Yin

Filem solo mini Yin, The Ultimate Challenge pula akan ditayangkan pada 2 Mei ini. Hairul akan membawakan watak Yin, seorang pemain yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World.

“Ini kali pertama saya membuat ketupat dengan tangan kosong. Pengalaman yang menakjubkan dan kini saya boleh membuat ketupat sendiri di rumah!”.

Hairul Azreen

Dalam pada itu, jangan ketinggalan Siri Animasi Global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga adiwira MLBB. Siri ini memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero ini

Sementara itu, undi untuk Influencer Malaysia kegemaran anda iaitu Jess No Limit dan ChooxTV dalam acara undian All Star, yang bakal bertanding dengan 200 individu influencer lain untuk merebut tempat dalam pertarungan ALLSTAR.

Fasa Undian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Nantikan lebih banyak berita terbaharu di halaman Facebook MLBB Malaysia, yang juga akan melancarkan kempen bagi setiap Fasa Pengundian All Star bermula 29 April.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.