Wanita Bengang Jiran Selamba Keluar Masuk & Sidai Baju Guna Ampaian Rumahnya
Lebih menambahkan kemarahan wanita itu apabila pagar yang dibina telah dilubangkan oleh jiran tersebut untuk menjemur pakaiannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjaga silaturahim sesama jiran adalah penting, ini kerana jiran merupakan individu yang terdekat yang boleh membantu kita jika memerlukan bantuan.
Jika mempunyai jiran yang baik ia mungkin adalah satu rezeki buat anda, namun jika sebaliknya ia mungkin memberi mimpi buruk.
Malah ia juga akan membuat kan anda merasa tidak selesa dengan sikap mereka seperti yang terjadi pada seorang wanita di United Kingdom yang berang dengan jirannya yang dikatakan telah ‘menceroboh’ laman rumahnya tanpa kebenaran.
Menerusi laporan Mirror UK, wanita tersebut telah berkongsikan di Mumsnet dan meluahkan kemarahannya apabila jirannya itu telah bertindak untuk menyidai pakaian basah di halaman rumahnya.
Bangun pagi nak sidai baju, lihat jiran dah guna ampaian di halaman rumah
“Suatu pagi saya bangun untuk menyidai baju basahan saya dan kemudian terlihat ampaian saya telah digunakan oleh jiran.
“Saya memberitahu bahawa dia sering menggunakan ampaian saya, namun dia menjawab tiang ampaiannya telah patah dan pemilik rumah terdahulu tidak kisah mengenai perkara itu..
Pasang pagar supaya jiran tak sidai baju
“Tetapi saya kisah, dan perkara itu berlanjutan. Jadi kami memasang pagar,” jelas wanita itu.
Disebabkan amarannya itu tidak endahkan oleh jirannya tersebut, wanita berkenaan bertindak untuk memasang pagar di halaman rumahnya yang sebelum ini dibiarkan terbuka.
Walau bagaimanapun, perkara itu tidak menyelesaikan masalah apabila dia mendakwa pagar itu telah dirosakkan oleh kanak-kanak.
Dah siap buat pagar pun masih nak ceroboh
Namun, wanita itu tetap membetulkan semula pagar tersebut tetapi apa yang lebih menyakitkan hati lagi apabila pagar tersebut telah dilubangkan oleh jiran itu dan dia turut membawa batang ampaian untuk menyidai bajunya.
Selain dari isu tersebut, dia dan suami yang kini bekerja dari rumah (BDR) terpaksa berdepan dengan kerenah anak-anak jirannya yang selamba keluar masuk dan bermain di halaman dan taman rumah mereka.
Ini membuatkan mereka sedikit terganggu kawasan tersebut sudah dijadikan ruangan kerja mereka sejak mula BDR.
Orang ramai sifatkan sikap jiran itu biadap
Perkongsian luahannya itu dalam masa sama turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang menyifatkan bahawa tindakan jirannya itu adalah biadap serta dia tidak mempunyai hak untuk melakukan perkara seperti itu di halaman wanita tersebut.