fbpx
Now Reading
Didakwa Terlibat Gangguan Seksual, Elon Musk Rugi AS$10 Bilion Dalam Sehari

Didakwa Terlibat Gangguan Seksual, Elon Musk Rugi AS$10 Bilion Dalam Sehari

Musk juga didakwa telah membayar AS$250,000 kepada seorang pramugari supaya menutup mulut tentang gangguan seksual yang dilakukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pengawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, mengalami kerugian AS$10 bilion (RM43 bilion) dalam masa satu hari selepas beliau didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pekerjanya, lapor Metro, pada Isnin (23 Mei).

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, Musk memiliki kekayaan berjumlah sekitar AS$212 bilion (RM931.2 bilion) setakat Khamis lalu (19 Mei).

Sejurus sahaja dakwaan terhadap gangguan seksual itu disiarkan pada malam hari yang sama, kekayaannya merosot kepada sekitar AS$201 bilion (RM882.8 bilion).

Musk memiliki 47% pegangan dalam SpaceX yang bernilai AS$125 bilion (RM549 bilion). Namun, nilai SpaceX tidak banyak berubah kerana ia bukan syarikat awam.

Namun prestasi saham satu lagi syarikatnya,Tesla di pasaran awam yang menjunam menyebabkan nilai aset bersih Musk merosot. Ini kerana dia mempunyai pegangan sebanyak 15% di dalam syarikat pengeluar kenderaan itu.

Musk sebelum ini didakwa telah membayar AS$250,000 kepada seorang pramugari supaya menutup mulut tentang gangguan seksual yang dilakukannya.

Menawarkan seekor kuda sebagai pertukaran untuk urutan eksotik

Menurut dakwaan pramugari berkenaan, jutawan itu mendedahkan kemaluannya, meminta seks, menggosok kaki dan menawar untuk membelikannya seekor kuda sebagai pertukaran untuk urutan eksotik.

Pramugari tersebut memberitahu Business Insider bahawa Musk membuat tawaran itu ketika pekerja itu melakukan urutan dalam penerbangan ke London pada 2016.

Pramugari yang tidak didedahkan identitinya itu ditanya oleh Musk sekiranya dia boleh datang ke biliknya di dalam pesawat itu untuk melakukan ‘urutan seluruh badan’ demikian menurut seorang rakan kepada bekas pekerja itu.

Pada November 2018, SpaceX dan kru penerbangan itu mencapai penyelesaian di luar mahkamah termasuk pampasan AS$250,000 (RM1.09 juta) kerana tidak menyaman Musk.

Di sebalik berita tersebut, Musk tetap menafikan bahawa dia melakukan gangguan seksual dan berkata, serangan terhadap dirinya itu bermotifkan politik semata.

Manusia terkaya di dunia itu juga tidak berdepan sebarang risiko kehilangan gelaran kerana pesaingnya yang mengekori di tempat kedua, Jeff Bezos hanya mempunyai kekayaan sekitar AS$131 bilion (RM579.8 bilion), angka yang begitu jauh di belakangnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.